CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Thursday, January 26, 2012

Kini DUA TAHUN !!!!



Alhamdulillah, hari ini genaplah dua tahun blog ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian saya bersama anda semua.... Begitu banyak suka dan duka yang telah dikongsikan bersama anda semua sepanjang dua tahun blog ini diwujudkan.... Kegembiraan bertemu artis pujaan seperti Dato Siti Nurhaliza, Remy Ishak dan Shahir turut dikongsikan disini menerusi foto-foto yang berjaya dirakamkan sebagai satu kenangan yang tidak dapat dilupakan... Pelbagai kempen juga dijalankan disini seperti kempen Gerak Gempur Dato Siti Nurhaliza untuk ABPBH 2009 dan Gerak Gempur Shahir untuk ABPBH 2010.... Adakalanya masa yang yang tidak mencukupi membataskan saya untuk menulis di blog ini namun saya akan sedaya upaya untuk mencoretkan sesuatu disini buat tatapan anda semua....  Selain itu, blog ini juga sedang mengalami transformasi di mana mulai bulan hadapan, blog ini akan tampil dengan wajah baru yang lebih segar..... Sempena tahun kedua, blog ini menampilkan header yang baru tapi masih mengekalkan lagi warna merah, hitam dan putih sebagai tema blog ini....  Diharapkan agar anda semua terus memberikan sokongan yang padu dengan sentiasa melayari blog saya.... Saya juga mengharapkan feedback daripada anda semua supaya saya dapat mempertingkatkan lagi blog saya ini.... Akhir kata selamat melayari blog Hanya Dia.... Ikram Muzammil....


0 comments:

Related Posts with Thumbnails