CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Saturday, January 29, 2011

Pesanan Kesihatan daripada Dr. Shahir

Ucapan Shahir sempena ABPBH 2010

Wednesday, January 26, 2011

Happy Birthday Mak Usu Anum

Bersama Mak Usu Anum sewaktu di Teluk Intan sempena penganugerahan Shahir sebagai Ikon Belia Negeri Perak Darul Ridzuan

Hari ini merupakan harijadi Puan Mahanum Osman yang lebih mesra disapa Mak Usu Anum... Beliau merupakan bonda kesayangan Shahir.... Ikram disini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun buat Mak Usu Anum... Semoga Mak Usu Anum dipanjangkan umur, dianugerahkan kesihatan yang baik, ditambahkan rezeki serta sentiasa ceria disamping keluarga tercinta.... Mengenali Mak Usu Anum secara dekat membuatkan saya dan rakan-rakan SHZ merasakan amat bertuah kerana Mak Usu sememangnya seorang yang ceria dan kelakar.... Semoga Mak Usu Anum sentiasa ceria berkongsi pelbagai cerita bersama dengan kami semua... Akhir kata, Ikram mewakili rakan-rakan SHZ juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI buat Mak Usu Anum..... :-)

Kini SETAHUN!!!!

Alhamdulillah, hari ini genaplah setahun blog ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian saya bersama anda semua.... Begitu banyak suka dan duka yang telah dikongsikan bersama anda semua sepanjang setahun blog ini diwujudkan.... Kegembiraan bertemu artis pujaan seperti Dato Siti Nurhaliza, Remy Ishak, Diana Danielle dan Shahir turut dikongsikan disini menerusi foto-foto yang berjaya dirakamkan sebagai satu kenangan yang tidak dapat dilupakan... Pelbagai kempen juga dijalankan disini seperti kempen Gerak Gempur Dato Siti Nurhaliza untuk ABPBH 2009 dan yang terkini dan sedang berlangsung ialah Gerak Gempur Shahir untuk ABPBH 2010.... Adakalanya masa yang yang tidak mencukupi membataskan saya untuk menulis di blog ini... Namun mulai tahun ini, saya kembali aktif menggerakkan blog ini supaya lebih banyak perkara yang saya dapat kongsikan disini.... Selain itu, blog ini juga sedang mengalami transformasi di mana mulai bulan hadapan, blog ini akan tampil dengan wajah baru yang lebih segar..... Selari dengan itu, satu pertandingan mencipta header untuk blog ini sedang berjalan dan mendapat beberapa penyertaan.... Diharapkan agar anda semua terus memberikan sokongan yang padu dengan sentiasa melayari blog saya.... Saya juga mengharapkan feedback daripada anda semua supaya saya dapat mempertingkatkan lagi blog saya ini.... Akhir kata selamat melayari blog Hanya Dia.... Ikram Muzammil....


Sunday, January 23, 2011

Hafiz - Awan Nano

Teruskan Mengundi di ABPBH 2010

Friday, January 21, 2011

Remy Ishak @ Dashing Roadtour

Remy Ishak @ Dashing Roadtour
Tempat : Sogo KL
Tarikh : 20 Januari 2011
Masa : 1.00 PM - 3.00 PM

Remy Ishak di Dashing Roadtour

Remy merasmikan Dashing Wii Challenge

Remy Ishak....

Bersama Remy Ishak.....

Thursday, January 20, 2011

Undi Diana Danielle @ Anugerah Bintang Popular 2010

Undi Diana Danielle di ABPBH 2010 bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular....

Wednesday, January 19, 2011

Undi Remy Ishak @ Anugerah Bintang Popular 2010

Undi Remy Ishak bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular
di ABPBH 2010

Monday, January 17, 2011

Terma & Syarat-Syarat Undian Melalui Akhbar Berita Harian dan SMS



Undian ABPBH 2010 Bermula.....

Bermula hari ini, undian Top 5 ABPBH 2010 bermula. Undian boleh dilakukan melalui dua cara iaitu borang undian di dalam Berita Harian/Berita Minggu dan juga undian melalui SMS. Undian kali ini amat berlainan kerana 70% daripada undian keseluruhan akan dihitung melalui borang undian manakala 30% lagi berdasarkan undian SMS. Jumlah kategori yang boleh diundi menggunakan undian SMS juga telah dihadkan kepada 4 kategori sahaja. Buat semua peminat Shahir, marilah sama-sama mengundi Shahir untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular, Penyanyi Lelaki Popular dan semestinya Bintang Paling Popular. Semoga Shahir berjaya memenangi kategori-kategori yang beliau bertanding pada edisi kali ini. Insyaallah.

Saturday, January 15, 2011

Adira - Ilusi

Sidang Media Top 5 ABPBH 2010

Sidang Media Top 5 ABPBH 2010
Tempat : Holiday Villa Subang Jaya
Tarikh : 12hb Januari 2010
Masa : 3.00 PM - 6.00 PM

With my lovely sister, Diana Danielle....

With Adira....

With Anuar Zain...

With Ana Raffali

Post Party AJL 25

Post Party AJL 25
Tempat : Stadium Putra Bukit Jalil
Tarikh : 9hb Januari 2010
Masa : 12.00 AM

With Hafiz - Persembahan Vokal Terbaik AJL 25 dan Tempat Ke-3 Lagu Terbaik AJL 25.... Congrats Hafiz......

With Nash

With Farahdhiya

With Zain Saidin

With Daus...

Parti Ulangtahun Ke-4 Budiey.com

Parti Ulang Tahun Ke-4 Budiey.com
Tempat : Cathay Cineleisure, e-Curve
Tarikh : 8hb Januari 2010
Masa : 2.00 PM - 5.00 PM

With Heliza

With Ning Baizura

With Liyana Jasmay - Pelakon utama filem Khurafat..

With Sabhi Saddhi

Friday, January 14, 2011

Shahir @ Sidang Media Top 5 ABPBH 2010

Shahir yang gembira dan ceria dengan pencalonan Top 5 bagi 2 kategori iaitu Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular........

Itulah destinasi kita nanti.... :-)

Sedang berbincang mengenai kunjungan ke Singapore nanti....

Wednesday, January 12, 2011

Shahir Layak ke Top 5 ABPBH 2010


Alhamdulillah, sidang media ABPBH 2010 yang berlangsung petang tadi telah mengumumkan senarai Top 5 bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Shahir berjaya melayakkan dirinya berada di dalam senarai Top 5 bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular buat pertama kali dalam karier seni beliau. Sesungguhnya kejayaan Shahir ke Top 5 amatlah bermakna buat semua peminat Shahir yang telah bertungkus lumus mengundi pada pencalonan awal yang lalu. Jadi apa lagi yang dinantikan. Buat semua peminat Shahir, marilah sama-sama kita semua berganding bahu dan bekerjasama mengundi Shahir sehabis-habisnya bagi membuktikan bahawa Shahir juga mempunyai kelompok peminat yang amat menyokong kerjaya seni beliau dan sebagai hadiah istimewa buat Shahir. Insyaallah. Dapatkan Berita Harian & Berita Minggu untuk mengundi Shahir dan juga untuk peringkat ini, undian SMS yang merangkumi 30% dari jumlah undian keseluruhan turut digunakan. Selamat mengundi.... :-)

Sweet Moment with Shahir

Bersama Shahir selepas selesai rehearsal AJL 25 di Stadium Putra, Bukit Jalil....

Tuesday, January 11, 2011

Pertandingan Design Header Blog Hanya Dia... Ikram Muzammil

Bersempena dengan proses naik taraf blog Hanya Dia.... Ikram Muzammil, akan diadakan satu pertandingan design header blog untuk blog tersebut. Rekaan terbaik akan dipilih untuk menjadi header rasmi dan wajah baru blog Hanya Dia... Ikram Muzammil. Hadiah berupa WANG TUNAI bernilai RM 150 akan menjadi milik pemenang yang dapat menampilkan rekaan header yang menarik..


Syarat-Syarat Pertandingan.

  1. Setiap rekaan mesti di dalam bentuk JPEG
  2. Setiap rekaan diwajibkan menampilkan gambar saya, Dato Siti Nurhaliza dan Shahir
  3. Setiap rekaan adalah bebas berdasarkan kreativiti masing-masing
  4. Penyertaan hendaklah di emailkan kepada transkripsi_amaz85@yahoo.com atau lentera_amaz85@yahoo.com
  5. Sila sertakan nama, nombor telefon dan email address serta FB account (jika ada)
  6. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar SATU penyertaan sahaja
  7. Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Januari 2011

Selamat Mencuba..... :-)


Happy Birthday Dato Siti Nurhaliza


Hari ini 11/1/2011 genap sudah 32 tahun buat penyanyi nombor 1 negara, Dato Siti Nurhaliza. Semoga Dato Siti Nurhaliza dipanjangkan umur dan ditambahkan rezeki dalam setiap bidang yang diceburi. Diharapkan agar Dato Siti Nurhaliza terus memeriahkan industri seni tanah dengan penghasilan album terbaru disamping terus mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan menerusi produk SimplySiti. Selain itu, moga-moga impian Dato Siti Nurhaliza untuk bergelar seorang ibu akan dimakbulkan serta sentiasa bahagia melayari alam rumah tangga bersama suami tercinta, Datuk Khalid. Sokongan terhadap Dato Siti Nurhaliza akn sentiasa tersemat di hati sampai bila-bila. Insyaallah.

Monday, January 10, 2011

Persembahan Shahir di Anugerah Juara Lagu 25 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Persembahan Dato Siti Nurhaliza di AJL 25 - Balqis, Nirmala & Cindai

Persembahan Shahir di Anugerah Juara Lagu 25

Persembahan Shahir di Anugerah Juara Lagu 25 boleh dianggap berjaya dan memuaskan hati semua peminat Shahir. Tampil dengan pakaian serba putih rekaan Rizman Ruzaini, Shahir berjaya menampilkan persembahan memukau. Penampilan istimewa Nasha Aziz bagi menyerikan persembahan Shahir juga mendapat perhatian ramai. Namun kelihatan persembahan Shahir adakalanya terganggu dengan monolog dari Nasha Aziz. Walaupun keputusan AJL 25 semalam tidak menyebelahi Shahir namun ini boleh dianggap sebagai proses pembelajaran untuk Shahir tampil dengan lebih yakin dalam persembahannya di masa akan datang. Kebahagiaan Dalam Perpisahan akan menjadi memori yang indah buat semua peminat Shahir...


Shahir ......

Persembahan Shahir.......

Penuh penghayatan....


Tamparan istimewa dari Nasha Aziz.....

Photo Credit : Anugerah Juara Lagu 25

Sunday, January 9, 2011

Menjelang Anugerah Juara Lagu 25 - Good Luck Shahir


Malam ini, Anugerah Juara Lagu 25 akan berlangsung di Stadium Putra, meneruskan legasi menobatkan lagu terbaik di antara yang terbaik. Tahun ini AJL 25 menampilkan 14 lagu untuk dipertandingkan dimana salah satu finalis yang bertanding ialah Shahir yang akan mendendangkan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Diharapkan Shahir dapat menampilkan sesuatu yang istimewa dalam persembahan kali ini khas buat semua peminat Shahir yang sentiasa menyokong karier seni Shahir selama ini. Kami semua mendoakan hanya yang terbaik buat Shahir dalam menghadapi saingan sengit daripada artis-artis lain yang turut bertanding dalam AJL 25 kali ini. Setiap lagu yang dipertandingkan ada peluang untuk merangkul anugerah-anugerah yang disediakan seperti Persembahan Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik, Tempat Ke-3, Tempat Ke-2 dan Juara AJL. Semoga Shahir dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu trofi pada malam nanti. Good luck Shahir. All the best !!!!

Shahir @ Rehearsal AJL 25




Friday, January 7, 2011

Giliran Persembahan AJL 25


1)Yuna - Cinta Sempurna

2)Tomok - Berlari

3)A.P.I- Pelita

4)Shahir- Kebahagiaan Dalam Perpisahan

5)Meet Uncle Hussien & Black- Drama King

6)Hafiz- Noktah Cinta

7)Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

8)Faizal Tahir - Selamat Malam

9)Adira- Ku Ada Kamu

10)Bunkface- Extravaganza

11)Black - Sofea Jane

12)Faizal Tahir - Hanyut

13)Stacy - Jahat

14)Hujan - Mencari Konklusi

Wednesday, January 5, 2011

KaraK - Official Teaser Trailer


Salam Tahun Baru 2011

Salam semua.... Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di blog Hanya Dia... Ikram Muzammil ini.... Kesibukan melaksanakan pelbagai tugas membataskan saya untuk menulis sesuatu di blog ini... Pada kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua... Semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan memberikan sinar baru dalam hidup anda... Sesungguhnya tahun 2010 yang baru berlalu memberikan banyak kenangan manis yang akan terus terpahat di dalam ingatan ini selamanya.... Sempena dengan tahun baru ini, blog ini juga akan berubah wajah dari masa ke semasa.... Insyaallah pelbagai info terkini akan di kongsi kan disini untuk tatapan anda semua.....

Antara kenangan manis yang tercipta pada tahun 2010...
Bersama Lisa Surihani di Anugerah Skrin 2010....

Related Posts with Thumbnails