CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Saturday, December 24, 2011

Yusry & Lisa Surihani Nikah 23 Februari 2012, Resepsi 26 Februari 2012


Suasana tenang mengiringi majlis penuh istimewa di antara penyanyi, pelakon, pengarah dan produser, Yusry Abdul Halim dan aktres jelita popular, Lisa Surihani yang berlangsung di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya pagi ini.
Mengakui hati masing-masing terpaut lewat perkenalan selama setahun menerusi BBM (Blackberry Messenger), Yusry dan Lisa akhirnya telah mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan sebuah pernikahan yang akan berlangsung pada 23 Februari 2012 ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari dalam satu majis yang serba sederhana.
Dihadiri oleh oleh kedua ibu bapa Yusry, abang sulung, Norman Abdul Halim dan ibu Lisa, terdahulu Yusry mengumumkan pada malam semalam keluarga Yusry telah bertandang ke rumah Lisa untuk menghantar tanda. Walaubagaimanapun, Yusry menjelaskan majlis serba sederhana namun penuh adat itu bukanlah majlis pertunangan, hanya sebagai simbolik bahawa dirinya sudah ‘booking’ si dara sunti.






My Cinema : Songlap


Brothers Am (Shaheizy Sam) and Ad (Syafie Naswip) are involved in a baby-selling syndicate run by a woman known as Mama. As they progress, a friend's sister, Hawa (Sara Ali) gets involved too and Ad can no longer turn a blind eye. However, his moral struggle starts to shake his relationship with Am. 

My Ratings : 4.5 Stars

Thursday, December 22, 2011

Transkripsi 2011



Tahun 2011 bakal tiba di penghujung beberapa hari sahaja lagi. Sesungguhnya tahun 2011 banyak memberikan suka duka di dalam kehidupan saya. Tahun 2011 juga disifatkan sebagai tahun yang banyak mengajar saya menjadi seorang yang lebih matang dan lebih berkeyakinan. Banyak perkara baru yang diperolehi sepanjang melalui tahun 2011 yang penuh dengan rintangan dan halangan. Beberapa kenangan istimewa yang tercipta sepanjang tahun 2011 akan dikongsikan disini.

DATO SITI NURHALIZA & SHAHIR


Dua idola ini mempunyai pengaruh yang kuat pada diri saya untuk tahun 2011. Dato’ Siti Nurhaliza merupakan idola yang memang dikagumi sejak di awal kemunculan beliau dan beliau juga menjadi ikon kepada diri saya sendiri. Tahun 2011 memberikan peluang kepada saya untuk mengikuti pelbagai aktiviti seni dan juga aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat milik beliau iaitu SimplySiti. Peluang jelajah sebegini tidak dilepaskan di mana inilah peluang untuk bertemu dengan beliau secara dekat. Selain itu pengalaman terlibat dalam penggambaran iklan SimplySiti merupakan salah satu kenangan yang manis di dalam hidup saya. Peluang menghadiri pelancaran album Inggeris beliau yang pertama iaitu All Your Love juga merupakan antara kenangan manis saya untuk tahun 2011. Persembahan Dato Siti Nurhaliza di ABPBH 2010 merupakan persembahan terbaik beliau untuk tahun 2011. Selain itu, terdapat juga beberapa acara hiburan yang melibatkan Dato Siti Nurhaliza yang saya turut hadiri seperti Anugerah Juara Lagu 26 yang turut menyaksikan penglibatan pertama Shahir di dalam anugerah tersebut. 


Gerak gempur ABPBH yang lalu membabitkan penglibatan saya secara aktif dalam menyokong kerjaya seni Shahir. Alhamdulillah berkat kerjasama dari semua pihak terutamanya dari pihak ShahirZoners. Shahirianz dan Kelab Peminat Shahir Malaysia, Shahir berjaya memenangi trofi pertama beliau di ABPBH bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular.  Selain daripada terlibat dalam gerak gempur, saya juga berpeluang bercuti bersama Shahir di Singapura. Turut serta dalam pengalaman manis ini ialah ahli-ahli ShahirZoners dan wakil ahli Shahirianz. Lawatan ke Universal Studios Singapore yang ditaja oleh Era FM sememangnya memberikan kenangan terindah buat diri saya kerana berpeluang bercuti bersama Shahir yang sememangnya sentiasa menceriakan suasana. Pengalaman yang diperolehi di sana sangat berharga kerana melakukan pelbagai aktiviti bersama Shahir. Paling diingati ialah sewaktu beramai-ramai meredah hujan di dalam Universal Studio Singapore untuk mencari tempat berteduh. Memang kelakar bila diingatkan kembali detik-detik tersebut. 

WANITA HARI INI (WHI) & TEMURAMAH BERSAMA MEDIA


Tahun ini juga membuka peluang kepada saya untuk tampil dalam rancangan bual bicara, Wanita Hari Ini secara langsung. Saya sendiri seperti tidak percaya apabila menerima panggilan daripada pihak produksi WHI untuk tampil dalam rancangan tersebut apatah lagi ianya disiarkan secara langsung. Itulah kali pertama saya terlibat dalam program yang disiarkan secara langsung dan secara tidak langsung mencabar kemampuan saya untuk berinteraksi secara spontan. Topik yang diberikan ialah Adakah Laman Sosial Menyebabkan Anti Sosial??. Alhamdulillah saya dapat menempuhi cabaran ini dengan berjaya walaupun agak menggeletar pada permulaan rancangan tersebu t. Insyaallah jika diberi kesempatan lagi di masa hadapan, saya tidak lagi ragu-ragu dan gementar kerana sudah mempunyai pengalaman.


Selain itu, saya juga berpeluang di temuramah oleh pihak Astro Awani dan Melodi sewaktu sesi penyerahan borang undian ABPBH 2010 di Balai Berita.  Penyerahan borang undian tersebut merupakan salah satu daripada aktiviti yang dijalankan sebagai sokongan terhadap Shahir yang bertanding buat pertama kali di ABPBH 2010. Sememangnya perasaan gementar itu sentiasa menerjah diri saya namun semuanya dapat di atasi dengan penuh keyakinan.

FARID & FAISAL


Dua insan ini banyak memberikan impak dalam hidup saya sepanjang tahun ini. Perkenalan pertama ialah sewaktu saya mengajar mereka berdua untuk subjek Principles of Management di mana Faisal berjaya di pilih sebagai Presenter Lelaki Terbaik (setaraf gelaran AktorTerbaik :p) di dalam presentation bagi subjek tersebut. Saya masih ingat lagi saya memanggil Faisal sebagai “Star” manakala Farid sebagai “PA Star”. Sememangnya mereka berdua istimewa berbanding yang lain. Mereka berdua merupakan kegembiraan saya. Saya menganggap mereka berdua umpama adik saya sendiri. Dua rakan baik ini sentiasa menceriakan suasana di dalam kelas dengan keletah mereka yang tersendiri. Banyak kenangan manis bersama mereka berdua yang tercipta sepanjang mengenali dua insan ini. Walaupun berbeza dari segi perwatakan, namun mereka berdua mempunyai kekuatan yang tersendiri. Adakalanya terhibur melihat keletah mereka berdua yang sentiasa mempunyai idea-idea kreatif. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 dan aktiviti riadah di Sunway Lagoon merupakan kenangan manis yang berjaya dirakamkan bersama mereka berdua selain kenangan sewaktu membeli-belah bersama mereka sempena persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini. Sememangnya saya amat bersyukur kerana di pertemukan dengan mereka berdua yang sentiasa menceriakan hidup saya. Saya sentiasa doakan mereka berdua agar sentiasa cemerlang dalam pelajaran sehingga menggenggam segulung diploma. Saya yakin dengan kemampuan mereka berdua. Thanks a lot Farid dan Faisal for everything...

UNIVERSITI SELANGOR


Tahun ini genaplah 2 tahun saya berkhidmat di UNISEL sebagai Penolong Pensyarah. Pelbagai pengalaman telah berjaya dikumpul sama ada dari segi jumlah subjek yang di ajar serta pengalaman dari segi menguruskan pelajar-pelajar terutama di peringkat diploma. Saya juga bertuah kerana mendapat pelajar-pelajar yang sangat berdedikasi dengan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar di IPT. Tahun ini juga disifatkan sebagai tahun yang mematangkan diri saya sebagai seorang pendidik. Banyak rintangan yang ditempuhi sepanjang semester 1/2011/2012 yang di mana merupakan semester yang paling berat sepanjang 2 tahun saya sebagai seorang pendidik. Berat dari segi emosi dan fizikal kerana perlu menghadapi pelbagai rintangan yang melanda. Alhamdulillah, kini saya semakin kuat dan tabah menghadapi segala rintangan yang mendatang. Tahun 2011 juga melihatkan saya aktif dalam program-program pemasaran di kem-kem PLKN bagi mempromosikan UNISEL kepada pelajar-pelajar di PLKN. Satu pengalaman yang menyeronokkan kerana berpeluang untuk melawat kem-kem PLKN di Johor dan Pahang. Buat pertama kalinya juga, saya terlibat dalam Perarakan Akademik sempena Konvokesyen UNISEL Kali Ke-6 yang di adakan di UNISEL Kampus Bestari Jaya.

NUR KASIH THE MOVIE


Filem Nur Kasih The Movie yang menampilkan lakonan mantap daripada Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz ini merupakan sambungan daripada drama bersiri Nur Kasih yang mendapat sambutan hangat semasa ditayangkan di TV3. Filem arahan Khabir Bhatia ini berjaya memecahkan rekod peribadi saya untuk filem yang paling banyak ditonton di pawagam iaitu sebanyak 7 kali. Sebelum ini rekod tersebut di pegang oleh filem High School Musical 3 iaitu sebanyak 5 kali yang dicipta pada tahun 2009. Keistimewaan filem ini terletak kepada lakonan mantap yang dipamerkan oleh setiap pelakon yang menjayakan filem ini terutama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sehingga mendapat pencalonan bagi kategori Aktor Terbaik dan Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia baru-baru ini. Selain itu, filem ini menyajikan keindahan sinematografi yang sangat indah. Saya juga turut berpeluang menyertai salah satu daripada roadtour untuk filem ini yang di adakan di GSC Berjaya Times Square. Antara yang memeriahkan roadtour tersebut ialah Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Sara Ali.  

My Cinema : New Year's Eve


"New Year's Eve" celebrates love, hope, forgiveness, second chances and fresh starts, in the intertwining stories of couples and singles, told amidst the pulse and promise of New York City on the most dazzling night of the year.

My Ratings : 4.5 Stars

Wednesday, December 21, 2011

My Cinema : Mission Impossible 4 - Ghost Protocol


This holiday season, two-time Academy Award®-winner Brad Bird directs, with producers Tom Cruise and J.J. Abrams, the action-packed spy adventure MISSION: IMPOSSIBLE - GHOST PROTOCOL. Blamed for the terrorist bombing of the Kremlin, IMF operative Ethan Hunt is disavowed along with the rest of the agency when the President initiates "Ghost Protocol". Left without any resources or backup, Ethan must find a way to clear his agency's name and prevent another attack. To complicate matters further, Ethan is forced to embark on this mission with a team of fellow IMF fugitives whose personal motives he does not fully know. Tom Cruise returns in the starring role as Ethan Hunt and is joined by an international cast that includes Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton, Michael Nyqvist, Vladimir Mashkov, Josh Holloway, Anil Kapoor and Lea Seydoux.

My Ratings : 5 Stars

Sunday, December 18, 2011

My Cinema : Alvin and The Chipmunks 3 - Chipwrecked


On vacation aboard a luxury cruise ship, Alvin, Simon, Theodore and the Chipettes are up to their usual antics, turning the ship into their personal playground, until they become 'chipwrecked' on a desert island. As Dave Seville frantically searches for his AWOL charges, the 'Munks and Chipettes do what they do best - sing, dance and wreak havoc. But they're in for the biggest surprises and lessons of their lives when they embark on an island adventure with their new friend - a castaway who's more than a match for Alvin and the Chipmunks. 

My Ratings : 4.5 stars

Saturday, December 17, 2011

Percutian Hujung Tahun 2011 - Sabah

 Bandaraya Kota Kinabalu

 Masjid Bandaraya Likas

  Restoran Kampung Nelayan

 Kinabalu Park

 Kinabalu Park

 Poring Hot Springs

 Butterfly Farm, Poring Hot Springs

  Celyn Resort Kinabalu, Kundasang

   Celyn Resort Kinabalu, Kundasang

   Jesselton Point

  Jesselton Point

  Pulau Sapi

  Pulau Sapi

  Pulau Sapi

 Pulau Sapi

Friday, December 2, 2011

My Cinema : Ombak Rindu


Izzah a simple kampong teacher is sold to a brothel by her uncle on the pretext that they need money for her Aunt's surgery. Her first customer is rich playboy Harriz whom she begs to marry her and take her out of the rat hole. He marries her, brings her home, the only good deed he has done in a long time. Unknowingly he falls in love with her, and wants to break his engagement to childhood family friend Mila, but due to family pressure has to marry Mila. Thus begins the triangle of a saga which entangles three lives into a myriad of emotions.

My rating : 5 stars (Must See Movie)

Pratonton Ombak Rindu bersama Maya Karin dan Lisa Surihani

With Maya Karin

Lisa Surihani

With Lisa Surihani

Maya Karin

Related Posts with Thumbnails