CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Tuesday, May 31, 2011

Astana Jiwa - Dato' Siti Nurhaliza (OST Suria di Cordoba)

Friday, May 27, 2011

My Cinema : KaraK - Laluan Puaka


Filem ini mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya di sepanjang lebuhraya Karak. Sedang mereka menunggu kereta - kereta dihadapan bergerak kerana kesesakan yang amat teruk tiba - tiba ada seorang peminta sedekah meminta sedekah sambil menceritakan tentang kemalangan yang begitu dasyat di hadapan mereka. Oleh kerana mereka perlu pulang segera disebabkan perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya akhirnya mereka sepakat untuk memilih menggunakan sebatang jalan lama iaitu Karak tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih itu akan merubah hidup mereka selama - lamanya. Mereka terserempak dengan seorang wanita bersama anaknya dan dikejar oleh sebuah kereta Volkswagen Kuning dan akhirnya mereka terbabas ke dalam hutan. Di dalam hutan mereka diganggu oleh pelbagai makhluk halus yang menyeramkan sebelum terjumpa sebuah rumah yang dihuni oleh seorang lelaki orang asli yang telah tua. Namun, kehadiran mereka disitu tidak disenangi oleh sesuatu dan kejadian aneh mula melanda. Apakah sebenarnya yang terjadi? Saksikan sendiri di pawagam berhampiran anda.

My Rating : 5 stars

Wednesday, May 25, 2011

Faizal Tahir - Karma

Tuesday, May 24, 2011

Mentor 5 : Semifinal 2

MENTOR 5 : KONSERT SEMIFINAL 2
TARIKH : 22 MEI 2011
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : AUDITORIUM MBSA, SHAH ALAM

With Aiman.....


With Iqa.....

With Erra Fazira....

With Ratnah.....

Monday, May 23, 2011

My Cinema : Pirates of the Carribeans - On Stranger Tides


Produced by Jerry Bruckheimer and directed by Rob Marshall, "Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides" captures the fun, adventure and humor that ignited the hit franchise - this time in Disney Digital 3D™. Johnny Depp returns to his iconic role of Captain Jack Sparrow in an action-packed tale of truth, betrayal, youth and demise. When Jack crosses paths with a woman from his past (Penelope Cruz), he's not sure if it's love - or if she's a ruthless con artist who's using him to find the fabled Fountain of Youth. When she forces him aboard the Queen Anne's Revenge, the ship of the formidable pirate Blackbeard (Ian McShane), Jack finds himself on an unexpected adventure in which he doesn't know who to fear more: Blackbeard or the woman from his past.

My Rating : 4.5 stars

Sunday, May 22, 2011

Shahir - Kini Setahun

Setahun yang lalu, pada 22 Mei 2010 beliau telah ditabalkan menjadi juara Akademi Fantasia musim ke–8. Kini setelah setahun berlalu, Shahir kini semakin kukuh memahatkan namanya di dalam industri seni tanah air. Tampil dengan single pertama beliau yang berjudul Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan sepenuhnya Edry KRU, Shahir lantas mengorak langkah dan mula membina kelompok peminatnya sendiri. Aura lagu tersebut juga memberikan Shahir peluang untuk memikat kelompok peminat beliau dari kanak-kanak sehinggalah warga emas. Lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan juga menjadi juara di dalam carta-carta radio dan membuka peluang kepada Shahir untuk beraksi buat pertama kalinya di pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu 25. Tampil memukau di pentas AJL 25 setelah dibelenggu pelbagai kontroversi, ia merupakan sesuatu yang cukup bermakna dan signifikan buat karier seni Shahir sendiri. Walaupun tidak bernasib baik di pentas AJL 25, tetapi penampilan pertama sebagai finalis adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan. Luar Biasa pula menjadi pertaruhan seterusnya buat Shahir untuk mengukuhkan kedudukan beliau di dalam industri seni tanah air.

Dengan budi pekerti yang cukup disanjungi oleh para peminatnya, lantas Shahir membina populariti dengan cara beliau tersendiri. Cukup disenangi oleh peminat dengan sikap ramah beliau membuatkan para peminatnya setia menyokong perjalanan seni beliau. Kejayaan Shahir merangkul trofi Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular-Berita Harian (ABPBH) 2010 membuktikan bahawa Shahir juga telah berjaya membina dan mempunyai kelompok peminat yang sentiasa menyokong karier seni beliau. Sifat merendah diri dan tahu menghargai peminat membuatkan Shahir sentiasa disayangi para peminatnya dan itu dimanifestasikan menerusi undian-undian yang diberikan oleh para peminatnya sewaktu undian ABPBH 2010 sedang berlangsung. Selain itu, kejayaan menduduki tempat ke-2 untuk Bintang Paling Popular boleh dianggap sesuatu yang menakjubkan bagi seorang artis baru seperti Shahir.

Dalam menempah kejayaan di dalam industri yang serba mencabar ini, Shahir juga tidak dapat lari daripada pelbagai dugaan yang melanda dirinya tatkala perjalanan seni baru setahun jagung. Berita kehilangan beliau menjadi perbualan hangat para peminatnya. Ditambah pula dengan kemunculan gosip-gosip yang melibatkan Shahir membuatkan nama Shahir agak kontroversi buat seketika. Namun Shahir tetap tabah dan meneruskan karier seninya menghiburkan para peminatnya yang menyokong beliau. Shahir bertuah kerana walaupun dilanda pelbagai kontroversi, para peminatnya tetap teguh menyokong dan mempertahankan Shahir.

Mengenali beliau secara peribadi merupakan sesuatu yang istimewa. Banyak memori yang tercipta sepanjang mengenali insan yang periang ini. Peluang untuk menghadiri acara-acara melibatkan Shahir sememangnya tidak akan dilepaskan sebagai tanda sokongan buat Shahir. Pertemuan pertama di Teluk Intan sewaktu Shahir menerima anugerah Ikon Belia Negeri Perak Darul Ridzuan masih lagi terpahat dalam ingatan. Sejak daripada pertemuan itu, saya semakin mengenali Shahir dari sisi yang berbeza. Bukan sahaja sebagai seorang artis tapi juga sebagai insan biasa. Banyak perkara yang dikongsi bersama bukan sahaja saya malah bersama-sama teman-teman ShahirZoners seperti Kak Hawa, Najiha, Azam dan Azwan. Kenangan bercuti bersama Shahir di Singapura adalah antara kenangan yang paling manis dalam hidup dan tidak mungkin boleh diperolehi di mana di mana. Lebih istimewa nama ShahirZoners yang mewakili kami berlima adalah dari buah fikiran Shahir sendiri.

Kini 22 Mei 2011 tiba menandakan sudah setahun perjalanan seni Shahir. Semoga Shahir sentiasa tabah menempuhi cabaran-cabaran yang mendatang serta terus cemerlang mencipta kejayaan kerana Shahir sememangnya berbakat besar dan mampu maju lebih jauh lagi. Diharapkan juga album perdana Shahir dapat diedarkan secepat mungkin memandangkan para peminat Shahir sememangnya menantikan album tersebut. Kemunculan Shahir di dalam filem KaraK, filem pertama lakonan Shahir diharapkan dapat menjadi pemangkin atau pendorong kepada Shahir untuk terus memperkembangkan bakat lakonan. Selain itu, diharapkan agar Shahir terus bersinar bak sahmura dan sentiasa menghargai para peminat yang sentiasa memberikan sokongan padu buat Shahir. Tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi. Insyaallah Shahir akan terus berjaya dan mampu berdiri setanding dengan artis-artis hebat di dalam industri seni ini. Akhir kata, selamat menyambut ulangtahun pertama di dalam industri seni buat Shahir. Sokongan buatmu akan sentiasa berterusan. Insyaallah.

Thursday, May 19, 2011

My Cinema : Nur Kasih The Movie


This movie serves as a spin off that's based on the much-loved TV drama series "Nur Kasih". It centres on a religious girl, Nur (Tiz Zaqyah), who falls in love with two brothers who couldn't be more different. Adam (Remy Ishak) is a rebel, while his older brother Aidil (Fizz Fairuz) is a filial son. A total of 5 million viewers in Malaysia tuned in to catch the series finale on TV last year, and the anticipation to catch this movie as a big screen adaptation is not only experienced by the fans of the series, but also those who are in for a good local movie that deals with, love, sacrifice and separation.

My Rating : 5 stars

Monday, May 16, 2011

Mentor 5 : Semifinal 1


Bersama Erra Fazira....

Bersama Edry KRU...

Bersama Iqa....

Bersama Ratnah....

Bersama Shiha....

Thursday, May 12, 2011

Justin Bieber - That Should Be Me

Wednesday, May 11, 2011

Peraduan KaraK - Laluan Puaka


Peraduan ini diadakan bersempena dengan tayangan filem pertama lakonan Shahir iaitu KaraK - Laluan Puaka. Hadiah berupa TIKET WAYANG untuk menonton filem KaraK akan diberikan kepada 5 PEMENANG.

Caranya amat mudah. Anda hanya perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jawapan yang diberikan serta slogan yang menarik.

Soalan

1. Filem KaraK merupakan filem ke berapa terbitan KRU Studio?

2. Siapakah yang memegang watak hero di dalam filem Karak?

3. Apakah tajuk lagu tema bagi filem KaraK?

4. Apakah konsep yang dibawakan oleh filem KaraK?

5. Berapakah jumlah imej entiti makhluk halus yang ditampilkan dalam filem KaraK?

6. Ini merupakan filem pertama lakonan Shahir. Betul atau Salah?

Saya menyukai penglibatan Shahir di dalam filem ini kerana .................. (tidak lebih daripada 20 perkataan)

Syarat-Syarat Pertandingan.

Anda perlulah menjadi “FOLLOWER” blog Hanya Dia... Ikram Muzammil terlebih dahulu untuk layak menyertai peraduan ini.

Penyertaan hendaklah di emailkan kepad lentera_amaz85@yahoo.com

Sila sertakan nama, nombor telefon dan email address serta FB account (jika ada)

Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar SATU penyertaan sahaja

Tarikh tutup penyertaan ialah 20 MEI 2011

Undi Shahir @ DiGi WWWOW Awards


Teruskan mengundi Shahir di DiGi WWWOW Awards

Shahir (Fave Malaysian Male Online Celebrity)

Nur Kasih The Movie Roadtour

NUR KASIH THE MOVIE ROADTOUR
TARIKH : 8 MEI 2011
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : GSC BERJAYA TIMES SQUARE

Remy Ishak kembali memegang watak Adam dalam NKTM

Tiz Zaqyah sebagai Nur Amina di dalam NKTM

Bersama Remy Ishak

Bersama Tiz Zaqyah

Monday, May 9, 2011

Mentor 5 : Konsert Ke-4 (Kumpulan B)

MENTOR 5 : KONSERT KE-4 (KUMPULAN B)
TARIKH : 8 MEI 2011
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : AUDITORIUM MBSA, SHAH ALAM

Bersama Erra Fazira....

Bersama Aiman.... Sangat peramah....

Persembahan khas.....

Aiman sewaktu mendendangkan lagu Sesuatu Janji...

Persembahan berkonsepkan ketuhanan dari Iqa.... Intifada antara yang menjadi pilihan....

Persembahan vokal memukau dari Salma menerusi lagu Unbreak My Heart

Saturday, May 7, 2011

My Cinema : Fast and Furious 5


In the fifth installment in the "Fast and Furious" series, former cop Brian O'Conner (Paul Walker) partners with ex-con Dom Toretto (Vin Diesel) on the opposite side of the law. Since Brian and Mia Toretto (Jordana Brewster) broke Dom out of custody, they've blown across many borders to elude authorities. Now backed into a corner in Rio de Janeiro, they must pull one last job in order to gain their freedom. As they assemble their elite team of top racers, the unlikely allies know their only shot of getting out for good means confronting the corrupt businessman who wants them dead. But he's not the only one on their tail. Hard-nosed federal agent Luke Hobbs (Dwayne Johnson) never misses his target. When he is assigned to track down Dom and Brian, he and his strike team launch an all-out assault to capture them. But as his men tear through Brazil, Hobbs learns he can't separate the good guys from the bad. Now, he must rely on his instincts to corner his prey... before someone else runs them down first.

My Rating : 5 stars (Must See Movie)

Tuesday, May 3, 2011

Di Sebalik Tabir 'KaraK' (Part 3)

Monday, May 2, 2011

DiGi WWWOW Awards


Mari mengundi Dato Siti Nurhaliza dan Shahir di DiGi WWWOW Awards... Sila klik link di bawah untuk mengundi :

Dato' Siti Nurhaliza
(Fave Malaysian Female Online Celebrity)


Shahir
(Fave Malaysian Male Online Celebrity)


Undi Luar Biasa - Shahir


Mari mengundi lagu Luar Biasa dendangan Shahir :


Related Posts with Thumbnails