CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Monday, June 28, 2010

Kenangan Manis Bersama Shahir di MIHAS 2010

Shahir sedang mendendangkan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan.....

Shahir di booth CIMB Islamic Bank....

Waktu ini Shahir sempat menegurku.... Happy sangat Shahir dah kenal muka ini.... :-)

Pose istimewa Shahir.....

With Shahir...... :-)




Friday, June 25, 2010

Christina Aguilera - Not Myself Tonight

Tuesday, June 22, 2010

Shahir AF8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Thursday, June 10, 2010

Dato Siti Nurhaliza - Ku Percaya Ada Cinta

Rossa - Hati Yang Kau Sakiti

Adira AF8 - Ku Ada Kamu

Wednesday, June 9, 2010

Rafael Nadal - Roland Garros 2010 Champion

Kegembiraan melanda diriku tatkala mengetahui keputusan perlawanan akhir Roland Garros 2010 memihak kepada Rafael Nadal yang menumpaskan Robin Soderling, 6-4, 6-2 dan 6-4.... Sememangnya kejayaan ini amat dinantikan setelah tewas mengejut pasa pusingan keempat tahun lepas kepada Robin Soderling juga.... Dengan merangkul kejuaraan ini, Rafael Nadal juga turut melonjak ke posisi pemain nombor satu dunia, menggantikan Roger Federer yang turun ke posisi pemain nombor dunia setelah berada di posisi nombor satu selama 11 bulan..... Kejayaan manis ini hadir selepas Rafael Nadal berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjuarai ATP Master 1000 di Monte Carlo, Rome dan Madrid dalam laluan beliau untuk merangkul gelaran Roland Garros buat kali kelima dalam karier beliau..... Semoga Rafael Nadal akan terus merangkul pelbagai gelaran selepas ini terutama pada Kejohanan Wimbledon yang akan berlangsung tidak lama lagi dimana pada tahun lepas, Rafael Nadal tidak berpeluang mempertahankan kemenangan yang diperolehi beliau pada tahun 2008 ..... Vamos Rafa...........


Rafael Nadal - Roland Garros 2010 Champion

Shahir AF8 - Ikon Belia Negeri Perak Darul Ridzuan

Pada 6 Jun 2010 yang lepas, ku bersama-sama rombongan Shahir FC telah berkunjung ke Teluk Intan sempena Hari Belia Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan.... Rombongan yang bertolak dari Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil terdiri daripada penyokong-penyokong Shahir.... Rombongan ini diadakan sebagai tanda sokongan kepada Shahir yang di lantik sebagai Ikon Belia Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di majlis tersebut..... Rombongan bertolak pada jam 9.30 pagi dan tiba di Teluk Intan setelah melalui perjalanan yang memakan masa selama 3 jam... Setelah tiba di Teluk Intan, rombongan terus bergerak ke Arena Square - tempat berlangsungnya Hari Belia tersebut... Pelbagai aktiviti diadakan sempena Hari Belia tersebut dan pastinya kedatangan Shahir amat ditunggu-tunggu oleh peminat-peminatnya..... Shahir akhirnya muncul di Arena Square dan terus bertemu dengan peminat-peminatnya di booth Shahir FC.... Shahir juga sempat mendendangkan 2 buah lagu di mana salah satu lagu tersebut ialah single terbaru beliau - Kebahagiaan Dalam Perpisahan.... Setelah majlis selesai, Shahir naik ke atas bas yang membawa rombongan Shahir FC dari Kuala Lumpur.... Sesi bergambar bersama Shahir juga diadakan di atas bas tersebut dimana semua mendapat peluang bergambar bersama-sama Shahir..... Shahir juga sempat memberikan ucapan kepada semua yang berada di dalam bas tersebut.... Ku juga dapat berkenalan dengan kenalan-kenalan baru yang turut serta dalam rombongan tersebut..... Sememangnya hajat untuk bertemu dan bergambar dengan Shahir menjadi realiti.... Thanks a lot to Shahir FC..... Che Ahmad... Hoi... Hoi... Hoi....

With Shahir.....

Ulangtahun Ke-5 InTrend dan Sambutan Birthday Mama Diana Danielle

Pada hujung minggu lepas (5 Jun 2010) telah berlangsung majlis ulangtahun ke-5 InTrend di One Utama New Wing.... Ramai artis turut serta memeriahkan majlis tersebut yang diacarakan oleh Zainal Alam dan Yasmin Hani.... Antaranya ialah Mila, Imran Ajmain, Alyah, Nurul, Sabhi Saddhi, Yazer dan ramai lagi.... Terdapat juga acara pertunjukkan fesyen oleh pereka-pereka fesyen berbakat tanah air... Acara pertunjukkan fesyen ini diserikan dengan penampilan istimewa Diana Danielle yang menjadi "muse" kepada Ezuwan Ismail yang menampilkan rekaan fesyen yang terkini bertemakan warna kuning dan hitam yang menawan.... Peluang untuk bertemu dengan ramai selebriti tanah air tidak dilepaskan begitu sahaja... Sesi bergambar dengan artis adalah perkara wajib..... Antara artisnya ialah Mila, Sari Yanti, Yasmin Hani, Diana Danielle dan ramai lagi... Acara ini berterusan sehingga ke petang.... Disini sertakan gambar-gambar dari majlis ulangtahun ke-5 InTrend......

With Alyah.....

With Diana Danielle....

With Noryn Aziz.....

Selamat ulangtahun ke-5 InTrend.......


Setelah selesai majlis tersebut, Diana Danielle telah menjemputku dan rakan-rakan untuk menghadiri suprise birthday party yang diadakan sempena birthday Mama Diana Danielle di Red Box Signature Gardens.... Majlis yang diadakan sangat meriah diiringi dengan nyanyian dari hadirin yang hadir memeriahkan majlis tersebut... Diana Danielle juga menyanyikan beberapa lagu terutama lagu-lagu dari penyanyi kesukaan beliau, Taylor Swift.... Ku juga berpeluang berduet dengan Diana Danielle menerusi lagu Seindah Biasa... Kami semua juga bergabung suara menerusi lagu My Baby You, dendangan asal oleh Marc Anthony... Seperti biasa acara wajib iaitu sesi bergambar dijalankan.... Banyak gambar-gambar dapat dirakamkan sewaktu majlis tersebut berlangsung... Disini disertakan beberapa gambar sewaktu majlis sambutan birthday Mama Diana Danielle berlangsung.....

Berduet dengan Diana Danielle menerusi lagu Seindah Biasa.....

Diana Danielle and the Gang menyanyikan lagu My Baby You.....


Monday, June 7, 2010

Kini Kembali...

Salam semua.... Dah lama tidak mencoretkan sesuatu disini lantaran kesibukan membataskan waktu untuk menulis di sini.... Alhamdulillah, Ikram kini sudah menyambut ulangtahun yang ke 25 tahun pada tanggal 26hb Mei 2010 yang lepas... Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan ucapan dan hadiah kepada Ikram... Ikram sangat-sangat menghargainya.... Banyak aktiviti yang telah Ikram sertai terutamanya aktiviti melibatkan Dato Siti Nurhaliza sepanjang bulan Mei yang lepas... Antaranya rakaman Stylistika Dato Siti Nurhaliza dan Konsert Di Hati Siti Nurhaliza sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.... Untuk melihat gambar-gambar terbaru aktiviti sepanjang bulan Mei, anda semua boleh melihat di profile Facebook Ikram kerana disitu sahaja yang sempat dikemaskini...... Terdapat juga di situ gambar-gambar semasa di Anugerah Industri Muzik 17, SimplySiti Roadshow di One Utama dan Kinta City, Ipoh, Grand Final Top Host 2010 di Sri Pentas, Bandar Utama dan lain-lain lagi... Setakat ini buat masa ini... Insyaallah blog ini akan terus di kemaskini dari masa ke semasa.... Ikram sertakan juga beberapa gambar dari beberapa event yang telah dihadiri sepanjang bulan Mei untuk tatapan anda semua...

Birthday Kak Rozi @ Restoran Resipi Sang Dewi......


With Dato Siti Nurhaliza @ Rehearsal AIM 17


With Dato Siti Nurhaliza @ SimplySiti Roadshow Kinta City, Ipoh...

With Dato Siti Nurhaliza @ Grand Final Top Host 2010

With Dato Siti Nurhaliza @ Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Di Dalam Industri

With Top Host 2010 winner, Syazwani Diyana @ Grand Final Top Host 2010

With Krisdayanti @ Rehearsal AIM 17

With Dato Siti Nurhaliza @ Youth'10

Related Posts with Thumbnails