CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Wednesday, March 31, 2010

The Launching of Simplysiti

Semalam (30hb Mac 2010) telah berlangsung pelancaran produk kecantikan Simplysiti bertempat di Grand Ballroom, Mandarin Oriental Hotel KLCC. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang turut diserikan dengan kehadiran para artis sdan VVIP seperti Diana Danielle, Sofia Jane, Erma Fatima, Julia Ziegler , Dato Farid Ridzuan dan ramai lagi. Saya bersama empat orang Sitizoners amat bertuah kerana dapat menghadiri majlis yang cukup santai dan eksklusif itu. Majlis dimulakan dengan kemunculan Dato Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Simplysiti. Selepas itu, majlis itu dikendalikan oleh Naz, pengacara My Star LG. Dato Khalid memberikan kejutan kepada Dato Siti Nurhaliza dengan menyambut ulang tahun ke 15 Dato Siti Nurhaliza di persada seni dengan menghadiahkan kek. Kelihatan Dato Siti Nurhaliza agak sebak ketika memberikan ucapan. Setelah majlis perasmian selesai, para tetamu mengambil kesempatan untuk mencuba sendiri produk-produk berkualiti keluaran Simplysiti. Sememangnya majlis pelancaran produk Simplysiti amat eksklusif. Tahniah kepada Dato Siti Nurhaliza dan team Simplysiti di atas kejayaan Simplysiti. Kepada yang belum mendapatkan Simplysiti, dapatkannya di outlet-outlet Watson yang berdekatan dengan anda....

Rahsiaku kini milikmu..... Tagline Simplysiti

Produk skin care Simplysiti......

Produk kosmetik Simplysiti.....


Dato Siti Nurhaliza sedang berposing dengan Simplysiti....

Dato Siti Nurhaliza......

Bersama Dato Siti Nurhaliza..... Eksklusif..... :-)



Saturday, March 27, 2010

Dato' Siti Nurhaliza @ Konvesyen Wanita dan 1 Malaysia

Hari ini telah berlangsung Konvensyen Wanita dan 1 Malaysia, bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir ialah Dati Seri Rosmah Mansor yang merupakan Penaung Konvensyen Wanita dan 1 Malaysia. Tumpuan para peserta sudah tentu terarah kepada Penyanyi Nombor Satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza yang turut hadir ke konvensyen tersebut. Saya juga berpeluang untuk bergambar dengan Dato' Siti Nurhaliza di konvensyen sambil dibantu oleh Kak Rozi. Thanks ye Kak Rozi. Sememangnya saya tidak menyangka sama sekali akan bertemu dengan idola kesayangan saya di konvensyen tersebut. Itu merupakan kenangan manis yang tidak akan saya lupakan. :-)


Bersama Dato' Siti Nurhaliza di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.... Thanks to Kak Rozi coz sudi tolong snapkan gambar ini.......

Friday, March 26, 2010

Dato' Siti Nurhaliza di Party HIP TV

Party HIP TV telah berlangsung semalam dan Dato Siti Nurhaliza telah berjaya merangkul anugerah Artis Contoh menewaskan calon-calon lain seperti KRU, Maya Karin, Dr. Fazley dan Raihan. Semoga momentum kejayaan ini akan terus kekal sehingga berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 pada 4 April 2010 di mana Dato Siti Nurhaliza dicalonkan untuk kategori Penyanyi Wanita Popular.Siaran Party HIP TV ini akan disiarkan di TV9 pada 2 April nanti.... Nantikan siarannya.....

Dato Siti Nurhaliza di Party HIP TV....
Credit Photo : Diraf Dias

Bersama trofi Artis Contoh.....
Credit Photo : Diraf Dias

Tahniah Dato Siti Nurhaliza ........
Credit Photo : Diraf Dias

Saturday, March 20, 2010

Gathering with Akim - Jumbo Gajah Biru

Semalam telah berlangsung acara Gathering With Akim - Jumbo Gajah Biru bertempat di TGV KLCC. Acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran Akim yang meminjamkan suara beliau untuk filem Jumbo Gajah Biru (Khan Kluay). Semua peminat yang hadir amat bertuah kerana dapat bertemu dengan Akim secara langsung dan dapat bergambar bersama-sama Akim. Turut serta ialah saya bersama teman-teman Sitizoners bertukar menjadi Gafimmers buat seketika. Sememangnya saya juga mempunyai impian untuk bergambar bersama Akim dan akhirnya impian itu terlaksana juga akhirnya. Alhamdulillah. Thanks to Fizi kerana memberikan informasi mengenai event ini. Selepas selesai menonton filem Jumbo Gajah Biru, kami semua bergerak ke Taman KLCC untuk sesi bergambar. Banyak gambar2 menarik yang sempat dirakamkan. Lagipun saya sudah beberapa minggu tidak bertemu dengan teman-teman Sitizoners lantaran sibuk dengan tugas. Jadi ini peluang untuk bertanyakan khabar dan juga mengumpul borang undian ABPBH 2009 yang akan dihantar minggu hadapan. Diharapkan selepas ini akan ada lagi aktiviti seperti ini. :-)

Bersama Akim.....

Sitizoners bertukar sebentar Gafimmers.... hehehe :-)


Akim sedang memberi ucapan kepada peminat-peminatnya....


Di dalam TGV KLCC.... Sedang menanti filem Jumbo Gajah Biru bermula

Sesi bergambar di Taman KLCC bersama Akim....
Credit photo : Lara....



Bersama potret Sultan Akim..... hehehe....


Sitizoners bersama Akim..... :-)

Wednesday, March 17, 2010

Amarah - Dato Siti Nurhaliza & Krisdayanti


Tuesday, March 9, 2010

Karnival Pendidikan Melaka 2010

Pada 4hb Mac 2010 sehingga 7hb Mac 2010 telah berlangsung Karnival Pendidikan Melaka 2010, bertempat di Malacca International Trade Centre (MITC). Saya bersama dua orang wakil dari Universiti Industri Selangor telah turut serta di dalam karnival tersebut. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada 4hb Mac 2010. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena karnival tersebut seperti Pertandingan Choral Speaking, Pertandingan Kompang, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Melukis dan pelbagai lagi pertandingan yang disertai oleh sekolah rendah dan juga sekolah menengah di sekitar negeri Melaka. UNISEL juga telah mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan kepada lepasan SPM dan STPM khususnya di negeri Melaka. Sambutan yang diterima amat menggalakkan sepanjang kami berada di karnival itu. Booth UNISEL yang strategik iaitu berada berdekatan dengan pintu utama memberikan kelebihan buat kami semua untuk memberikan promosi yang lebih berkesan kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan karnival tersebut. Selain itu, kami bertiga juga sempat melawati tempat-tempat menarik sekitar Bandaraya Melaka terutamanya di sekitar Dataran Pahlawan untuk membeli-belah dan juga untuk berhibur. Selepas 4 hari berkampung di Melaka, akhirnya kami semua bertolak pulang ke UNISEL Shah Alam. Banyak kenangan manis yang tercipta sepanjang berada di Melaka seperti dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru seperti dari Universiti Malaysia Kelantan dan Shahputra serta dapat berinteraksi dengan para pengunjung yang datang dari pelbagai latar belakang. Semoga dapat berjumpa lagi di lain masa.....

Pentas utama Karnival Pendidikan Melaka 2010....

Hotel rasmi.... Naza Talyya Hotel Melaka....

Kenderaan rasmi.... Toyota Alphard....best....

Berada di booth UNISEL bersama Kak Norjiah....

Ketua Menteri Melaka singgah di booth Unisel.....

Sedang memberikan penerangan kepada pengunjung booth UNISEL.....

Hari pertama di booth UNISEL....

Dua bunga dari UNISEL.... Kak Norjiah dan Kak Kamsiah....


Tuesday, March 2, 2010

Kejohanan Ragbi USM 10'S Piala Naib Canselor

Pada 27 Februari 2010 - 28 Februari 2010 telah berlangsung Kejohanan Ragbi USM 10'S Piala Naib Canselor di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal. Saya telah menjadi pengiring untuk skuad rugby UNISEL yang turut bertanding pada kejohanan tersebut. Kami bertolak dari UNISEL pada 26 Februari dan tiba di tempat penginapan selepas menempuhi perjalanan jauh selama 6 jam. Tempat penginapan kami adalah di Homestay Sg. Setar. First time dapat merasa tinggal di homestay. Keesokkannya saya bersama2 skuad rugby UNISEL bertolak ke tempat perlawanan yang berlangsung di Padang Ragbi USM. Setelah selesai perlawanan, kami semua bertolak ke Georgetown untuk melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Georgetown. Selepas menikmati pelbagai makanan yang terdapat disana, kami menyambung jalan-jalan cari makan lagi di sekitar Georgetown. Banyak aksi-aksi menarik yang berlaku sepanjang kunjungan kami di Georgetown. Pada hari kedua, skuad rugby UNISEL berjaya layak sehingga ke peringkat separuh akhir. Sememangnya saya amat enjoy kerana dapat bersama-sama dengan skuad rugby UNISEL. Diharapkan agar skuad rugby UNISEL akan terus maju ke hadapan dan berjaya di masa hadapan.

Banner kejohanan......

Skuad rugby UNISEL sedang beraksi......

Skuad rugby UNISEL sedang beraksi......


Posing jap ......Sedang berada di bawah khemah....

Bergambar bersama-sama skuad ragbi UNISEL......

The Voice of Redbox

Pada hari Khamis yang lepas, saya bersama-sama teman-teman berkunjung ke Redbox Sogo untuk melakukan aktiviti santai iaitu berkaraoke.... Maklumlah dah lama juga tak berkaraoke.... Lagipun ada waktu free... Bolehlah mengasah semula suara yang selalunya digunakan untuk menjerit "nak lagi" sahaja..... Saya diberi penghormatan untuk memulakan sesi karaoke dengan mendendangkan lagu Biarlah Rahsia..... Sangat seronok coz dah lama tak nyanyi lagu ini.... Kali terakhir saya mendendangkan lagu ini adalah sewaktu berada di PraUniversiti dulu.... Banyak lagu yang kami semua dendangkan... Ada berentak pop, rock dan tradisional.... Paling best adalah ketika menyanyikan lagu Laguku Untukmu.... Macam-macam style ada... Sekali dengar mcm dengar version AJL pun ada.... Selain itu, trio untuk lagu Di Akhir Garisan dan Tak Ada Logika juga best..... Paling penting saya juga akhirnya berpeluang untuk menyanyikan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang dan Bukan Cinta Biasa (bak kata Diva Shy, mcm versi Konsert Bagaikan Sakti)...hehehe.... Thanks ye Shy atas pujian yang diberikan.... hehehehe..... Sememangnya saya dan teman-teman bergembira sewaktu berada di sana kerana pelbagai aksi dapat dilihat sewaktu berkaraoke..... Sesi karaoke ditamatkan dengan lagu Kau Aku yang dinyanyikan secara beramai-ramai.... Sangat happening ketika itu.... Semoga kenangan manis ini akan terus tersemat di dalam memori ku selamanya.... Nanti kita gegarkan lagi Redbox ye teman-teman semua.... :-)

Opening performance by me - Biarlah Rahsia.......

Gandingan trio sedang menyanyikan lagu Tak Ada Logika.....

Sedang menantikan giliran untuk membuat persembahan.....


Bukan Cinta Biasa......

Bergambar kenangan sebelum pulang....

Related Posts with Thumbnails