CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Tuesday, March 2, 2010

The Voice of Redbox

Pada hari Khamis yang lepas, saya bersama-sama teman-teman berkunjung ke Redbox Sogo untuk melakukan aktiviti santai iaitu berkaraoke.... Maklumlah dah lama juga tak berkaraoke.... Lagipun ada waktu free... Bolehlah mengasah semula suara yang selalunya digunakan untuk menjerit "nak lagi" sahaja..... Saya diberi penghormatan untuk memulakan sesi karaoke dengan mendendangkan lagu Biarlah Rahsia..... Sangat seronok coz dah lama tak nyanyi lagu ini.... Kali terakhir saya mendendangkan lagu ini adalah sewaktu berada di PraUniversiti dulu.... Banyak lagu yang kami semua dendangkan... Ada berentak pop, rock dan tradisional.... Paling best adalah ketika menyanyikan lagu Laguku Untukmu.... Macam-macam style ada... Sekali dengar mcm dengar version AJL pun ada.... Selain itu, trio untuk lagu Di Akhir Garisan dan Tak Ada Logika juga best..... Paling penting saya juga akhirnya berpeluang untuk menyanyikan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang dan Bukan Cinta Biasa (bak kata Diva Shy, mcm versi Konsert Bagaikan Sakti)...hehehe.... Thanks ye Shy atas pujian yang diberikan.... hehehehe..... Sememangnya saya dan teman-teman bergembira sewaktu berada di sana kerana pelbagai aksi dapat dilihat sewaktu berkaraoke..... Sesi karaoke ditamatkan dengan lagu Kau Aku yang dinyanyikan secara beramai-ramai.... Sangat happening ketika itu.... Semoga kenangan manis ini akan terus tersemat di dalam memori ku selamanya.... Nanti kita gegarkan lagi Redbox ye teman-teman semua.... :-)

Opening performance by me - Biarlah Rahsia.......

Gandingan trio sedang menyanyikan lagu Tak Ada Logika.....

Sedang menantikan giliran untuk membuat persembahan.....


Bukan Cinta Biasa......

Bergambar kenangan sebelum pulang....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails