CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Sunday, January 8, 2012

Kembali Bergelar Mahasiswa


Alhamdulillah.... Akhirnya impian untuk kembali bergelar mahasiswa tercapai jua setelah menanti hampir 2 tahun... 7 Januari 2012 merupakan tarikh yang dinantikan kerana bermulalah episod baru dalam kehidupanku sebagai seorang mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM).... Sangat bersyukur kerana mendapat kursus yang sememangnya diidam-idamkan sejak dahulu lagi iaitu MSc Finance... 

Sebenarnya hajat untuk menyambung pengajian sudah mula terbit sejak tahun lepas lagi di mana telah mendapat tawaran daripada University of Warwick di United Kingdoms bagi kursus yang sama... Namun hajat tersebut tidak kesampaian kerana komitmen terhadap kerja memaksa ku untuk menolak tawaran yang sangat bernilai itu.... 

Kini, peluang yang diperolehi tidak akan dilepaskan begitu sahaja... Walaupun menyambung pengajian di dalam negara sahaja, namun cabarannya tetap sama... Tambahan pula, selepas ini perlu mengimbangi kehidupanku di antara karier, pelajaran dan peribadi... Satu tugasan yang amat berat dan mencabar....

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang mengutuskan ucapan tahniah kepada saya terutama rakan-rakan serta pelajar-pelajar... Saya amat-amat menghargai setiap ucapan yang dikirimkan dan ianya akan dijadikan sebagai azimat dalam menempuhi cabaran yang bakal mendatang... Buat semua pensyarahku sewaktu di peringkat ijazah sarjana muda dahulu, terima kasih di atas segala nasihat yang diberikan.... Ianya sangat berguna buat diriku... Semoga anda semua dapat mendoakan kejayaan ku..... 

Secara rasminya kini ku bergelar mahasiswa MSc Finance di Universiti Utara Malaysia....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails