CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Monday, July 5, 2010

Tahniah Mohd & Ziana Zain.....

Semalam telah berlangsung konsert Final Mentor 4 di Auditorium MBSA, Shah Alam.... Final Mentor 4 memperlihatkan 3 finalis berentap untuk merebut gelaran juara Mentor.... Antara finalis yang bertanding ialah Adi (Dayang Nurfaizah), Nani (Azmeer) dan Mohd (Ziana Zain).... Kemeriahan Final Mentor 4 diserikan lagi dengan persembahan Shaq, Ayim dan Ila untuk segmen pembukaan... Pada pertandingan akhir, Mohd menyanyikan lagu baru ciptaan Aswandy dan Sham Kamikaze berjudul Cinta, selain lagu pilihannya, Tragedi Oktober dan Itu Kamu. Dia turut berduet dengan juara Mentor 2, Fiq, menerusi lagu 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang. Adi pula menyampaikan lagu ciptaan Omar K berjudul Tafsirkan Cinta, di samping lagu pilihannya, Kenangan Terindah dan Suatu Janji. Bagi segmen duet, dia dan Aizat mempersembahkan lagu Hanya Kau Yang Mampu. Lagu ciptaan mentor sendiri, Terhenti Di Tanda Koma, menjadi lagu baru persembahan Nani, yang turut menyampaikan medley Suci Dalam Debu dan Livin Da Vida Loca..... Tahniah di ucapkan kepada Mohd & Ziana Zain kerana berjaya merangkul gelaran juara Mentor musim 4 dengan memberikan persembahan yang mantap.... Adi dan Nani juga tidak kurang hebat memberikan saingan sengit kepada Mohd..... Pelbagai lagu didendangkan oleh finalis-finalis Mentor 4.... Persembahan penuh bertenaga dan warna warni turut menghiasi pentas akhir Mentor 4.... Semoga dengan kejayaan Mohd dan Ziana Zain akan membuka lembaran baru dalam industri tanah air kita.... Syabas Mohd dan Ziana Zain....

Adi mendendangkan single terbaru beliau

Persembahan penuh warna-warni dari Nani....

Persembahan penuh penghayatan dari Mohd......

Barisan juri - Acis, Adibah Noor dan Sheikh Haiqal

Tahniah Mohd dan Ziana Zain....

Ziana Zain sedang memberi ucapan......

Bersama Ziana Zain dan Mohd.....


0 comments:

Related Posts with Thumbnails