CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Monday, April 12, 2010

Remy Ishak Birthday Bash

Semalam (11/4/2010) telah berlangsung Remy Ishak Birthday Bash yang diadakan sempena menyambut hari jadi Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2009 - Remy Ishak. Majlis yang berlangsung di Hotel Singgahsana Petaling Jaya ini turut dihadiri oleh peminat-peminat Remy Ishak yang memakai pakaian serba merah dan hitam mengikut tema majlis pada petang itu. Setiap hadirin yang hadir menerima goodie bag yang mengandungi gambar eksklusif RemyIshak, mug dan kad aturcara majlis berserta nombor untuk acara cabutan bertuah. Ada peminat Remy yang datang dari Pulau Pinang, Sarawak dan Singapura semata-mata untuk memeriahkan majlis pada petang semalam. Acara dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan dari wakil Remy Ishak Fanz dan yang paling ditunggu-tunggu adalah ucapan dari Remy Ishak sendiri. Pada kesempatan ini Remy Ishak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada beliau sehingga berjaya menggenggam anugerah ABPBH. Masih jelas kelihatan Remy masih lagi gugup ketika memberikan ucapan. Majlis memotong kek harijadi dan pulut kuning berlangsung sejurus sahaja Remy habis memberikan ucapannya. Beberapa acara turut diadakan bagi memeriahkan majlis. Antaranya ialah Treasure Hunt, Rebut Kerusi, Tiup Belon dan Lucky Draw. Remy Ishak sendiri sudi untuk bersama-sama bersama peminat-peminatnya bermain acara yang telah disediakan. Memang gamat suasana di dalam dewan tersebut dengan gelak tawa melihat gelagat Remy Ishak yang cukup sporting. Remy Ishak juga turut berkongsi pengalaman beliau bagaimana beliau bermula menjadi seorang anak seni sehingga berjaya. Acara terakhir sudah pasti sesi autograf dan bergambar dengan Remy Ishak. Sesungguhnya acara Remy Ishak Birthday Bash berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Semoga majlis sebegini dapat diadakan lagi bagi mengeratkan silatulrahim di antara peminat Remy Ishak. Tidak lupa juga salam perkenalan saya hulurkan kepada semua yang baru berkenalan di majlis semalam. Sememangnya ia merupakan antara kenangan manis yang tidak mungkin saya lupakan sepanjang tahun ini. :-)

Remy Ishak sedang memberikan ucapan....

Remy Ishak sedang memotong kek harijadi.....

Remy Ishak sedang berkongsi pengalaman beliau bergelar anak seni.....

Remy Ishak turut serta dalam acara Tiup Belon......

Bergambar kenangan bersama Remy Ishak.....


0 comments:

Related Posts with Thumbnails