Sepanjang bulan Ramadhan ini, saya banyak menghabiskan masa berbuka puasa bersama adik-adik tersayang saya. Setiap hari Khamis telah ditetapkan sebagai majlis iftar untuk kami semua berbuka puasa bersama-sama di restoran-restoran terpilih yang terletak di sekitar Shah Alam. Terima kasih diucapkan kepada semua penaja tempat untuk majlis iftar untuk tahun ini. Antaranya ialah Secret Recipe SACC Mall (minggu pertama dan minggu terakhir), Pizza Hut Section 7 Shah Alam (minggu kedua) dan Noodle Station SACC Mall (minggu ketiga). Terima kasih diatas hidangan juadah yang menyelerakan. Pelbagai kenangan dirakamkan sepanjang empat minggu majlis iftar berlangsung. Gelak tawa sentiasa mengiringi sepanjang majlis iftar. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan juga ucapan terima kasih kepada Luthfi, Azri, Farid, Faisal, Mariatul, Raiana, Azhanizan, Farhana, Izzat dan Jazmi kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri setiap majlis iftar yang diadakan khas buat anda semua. Sesungguhnya Ramadhan saya tahun ini berseri dan bercahaya dengan kehadiran anda semua dan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya. Saya sayang anda semua... :-)
Minggu keempat : Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan....
Minggu keempat : Bersama Luthfi, Azri, Farid, Faisal dan Izzat
Minggu keempat : Bersama Mariatul, Farhana, Raiana dan Azhanizan
Minggu keempat : Bersama Farid, Izzat dan Luthfi...
Minggu ketiga : Farhana, Raiana, Mariatul dan Azhanizan
Minggu kedua : Bersama Farid dan Faisal
Minggu pertama : Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan...
.
Minggu pertama : Raiana, Azhanizan dan Farhana
Minggu pertama : Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan....
Minggu kedua : Azhanizan, Mariatul, Raiana, Farhana
Minggu kedua : Bersama Luthfi dan Azri
Minggu pertama : Bersama Farid dan Faisal
Minggu kedua : Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan....
0 comments:
Post a Comment