Shahir sewaktu menerima trofi Artis Baru Lelaki Popular
Tahniah diucapkan kepada Shahir kerana berjaya merangkul anugerah Artis Baru Lelaki Popular di ABPBH 2010. Kejayaan tersebut memberi makna yang sangat signifikan dalam kerjaya seni Shahir walaupun gagal meraih kemenangan bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular. Bagi gelaran Bintang Paling Popular pula, Shahir berada di tempat kedua. Semoga dengan kejayaan ini akan membuatkan Shahir lebih fokus dan lebih maju di dalam industri seni dengan memberikan yang terbaik buat semua peminat yang menyokong karier seni beliau. Album perdana Shahir yang bakal dilancarkan tidak lama lagi bakal melicinkan perjalanan seni Shahir pada tahun ini. Di majlis tersebut juga, Shahir berjaya memenangi Best Dress untuk artis lelaki. Semoga tahun depan, Shahir bergelar Penyanyi Lelaki Popular dan Bintang Paling Popular. Insyaallah.
Best Dress (Lelaki).... Baju rekaan Rizman Ruzaini untuk Shahir
0 comments:
Post a Comment