CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Monday, February 22, 2010

Picnic With My Friends

Pada 21/02/2010 telah berlangsungnya acara picnic di Sungai Congkak yang disertai oleh rakan-rakan Sitizoners seperti Adie, Bitt, Fizi, Mond, abg Hanafi dan Mak Sireh..... Pada pukul 8.30 pagi, kami semua berkumpul di rumah Mond dan bertolak ke Sungai Congkak.... Banyak kejadian yang melucukan terjadi sepanjang perjalanan kami ke Sungai Congkak.... Kehadiran Mak Sireh menggamatkan lagi suasana dengan gelak tawa di dalam van..... Rasanya dah lama tak gelak mcm tak ingat dunia..... hehehehe....

Didalam van ke Sungai Congkak......

Kami tiba di Sungai Congkak pada jam 10.30 pagi dan terus berjalan2 mencari tempat yang sesuai untuk kami semua berpicnic..... Setelah jauh berjalan, akhirnya kami menemui tempat yang paling best untuk berpicnic.... Acara pertama pada hari itu ialah breakfast.... Breakfast kami ditaja oleh Bitt yang sudi menyediakan breakfast.... Bitt telah menyediakan nasi lemak, ayam masak merah, telur dadar dan sambal bilis.... Sungguh menyelerakan..... Thanks ye Bitt.....

Sedang menikmati breakfast yang disediakan oleh Bitt.....

Setelah selesai menikmati breakfast yang sedap, kami semua menyalin pakaian untuk acara kedua iaitu mandi sungai..... hahaha..... sejuk teramat air disitu..... mula2nya semua menggigil kesejukan.... maklumlah still pagi lagi ketika itu..... kami semua semua berenang2 dan berendam2 disitu..... seperti biasa tidak lengkap perjumpaan kami semua tanpa gosip.... so apa lagi Mesyuarat Mingguan berlangsung di dalam sungai.... rasanya tak pernah lagi orang buat mesyuarat dalam sungai..... Macam2 topik yang dibincangkan.... Ada juga sesi luahan hati..... Memang seronok sangat......

Sebelum mandi, posing dulu dengan tshirt Sitizoners.....

Mesyuarat Sungai..... hahahahaha.....

Selepas agak lama berada di dalam sungai, kami semua naik ke atas untuk menikmati lunch sebentar..... Selepas itu kami semua masuk semula ke dalam sungai untuk terus mandi-manda.... Acara ketiga adalah sambutan birthday Bitt dan Adie..... Sementara yang lain sedang enak berendam didalam air yang sejuk, Ikram, Mond dan abg Hanfai sedang sibuk membuat persiapan di pondok dengan menyiapkan kek birthday..... Selepas semuanya dah siap, Ikram memanggil semua yang berada di dalam sungai untuk naik ke atas..... Kami semua memberikan kejutan kepada Bitt dan Adie..... Bitt dan Adie nampak terharu dengan suprise yang kami semua rancangkan.... Aktiviti mandi manda diteruskan dengan satu permainan turut diselitkan didalamnya.... Seronok juga main permainan ini di dalam air....

Happy Birthday Adie dan Bitt......

Setelah beberapa jam berada di Sungai Congkak, kami semua beransur pulang dan singgah di rumah Mak Sireh yang terletak di Sungai Ramal.... Ni kiranya trip dari sungai ke sungai.... hahaha.... Kami berehat di rumah Mak Sireh sambil menikmati siaran Astro Beyond.... hehehe... Sambil2 tu ada yang mengambil kesempatan ini untuk mengupdate status masing2 di Facebook termasuk Ikram.... Seperti biasa gelak tawa sentiasa mengiringi perbualan kami semua... Rumah Mak Sireh memang cantik.... Thanks to Mak Sireh coz sudi invite kami semua datang ke rumah Mak Sireh.... Jam di rumah Mak Sireh menunjukkan pukul 7 malam..... Sebelum pulang ke rumah masing2 kami semua sempat singgah di pasar malam berdekatan dengan rumah Mak Sireh..... Setelah selesai membeli juadah, sampai masa kami semua berpisah dengan Mak Sireh.... Rasa sebak sangat sebab satu hari bersama-sama dengan yang lain..... Selepas itu, kami semua bertolak pulang ke Kuala Lumpur....

Dah nak balik dah...........huhuhuhu

Sememangnya itu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.... Diharapkan agar persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan...... Diharapkan juga nanti aktiviti2 seperti ini akan terus diadakan sebagai medium untuk mempereratkan silatulrahim sesama kita semua.... Insyaallah....

Kenangan terindah yang tak mungkin ku lupakan sampai bila-bila.......


Wednesday, February 17, 2010

Aizat @ Malam Gala Konsert Satu Suara

Kini tiba pula giliran Aizat selepas Faizal Tahir dan Dato Siti Nurhaliza menghiasi blogku sempena Malam Gala Konsert Satu Suara...... Suka dengan persembahan Aizat terutamanya Hanya Kau Yang Mampu, Lagu Kita dan Pergi..... Vokal Aizat pada malam itu sangat best.... Segmen duet bersama Faizal Tahir juga amat mengagumkan..... Tahniah Aizat.....


Bersama Aizat selepas berakhirnya Malam Gala Konsert Satu Suara
di perkarangan Istana Budaya....


Sunday, February 14, 2010

Kenangan di Malam Gala Konsert Satu Suara

Aizat, Faizal Tahir dan Dato Siti Nurhaliza di akhir konsert......

Bersama Dato Siti Nurhaliza sewaktu sesi bersama peminat......

Sitizoners di Istana Budaya...........

Jejaka-jejaka Sitizoners di Malam Gala Konsert Satu Suara

Bersama Dato Khalid............

Di dalam Panggung Sari, Istana Budaya....

Bersama idola kesayanganku, Dato Siti Nurhaliza......


Dato Khalid dan Dato Siti dah nak balik......Bye bye bye.....


Saturday, February 13, 2010

Faizal Tahir @ Konsert Satu Suara

Alhamdulillah, akhirnya hajat untuk bergambar dengan Faizal Tahir akhirnya berjaya disempurnakan.... Bertempat di Istana Budaya, akhirnya dapat juga bertemu dengan Faizal Tahir sempena Malam Gala Konsert Satu Suara.... Sangat gembira dapat bertemu dengan beliau ketika beliau berada di booth Faizal Tahir, sedang membantu krew-krewnya menyiapkan booth..... Nampaknya selepas ini, kena le buat wish list baru kerana semua artis yang saya impikan untuk bertemu dan bergambar sudah terlaksana....


Bersama Faizal Tahir.......

Jangan lupa untuk terus mengundi Faizal Tahir di ABPBH 2009 untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular....

Friday, February 12, 2010

Upacan Dato Siti Nurhaliza sempena ABPBH 2009




Ucapan Dato Siti Nurhaliza kepada semua Sitizoners sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 yang berjaya dirakamkan oleh Azwan Hashim sewaktu majlis pelancaran album CTKD dan sambutan birthday Dato Siti Nurhaliza pada 11 hb Januari 2010





Thursday, February 11, 2010

Interview Session with UNISEL Top Management - 10th February 2010

Tengah berdebar menunggu giliran interview sambil mendengar lagu Hanya Dia...... Dalam bilik Pro Canselor pulak tu .... Dapat le merasa jadi Pro Canselor sekejap...... hehehehe


Muka tengah nervous ni.........hehehe........


Ni pulak semua Penolong Pensyarah yang akan menjadi Pensyarah...... Tgh busy dengan discussion..... hehehe......

Wednesday, February 10, 2010

Undi Dato Siti Nurhaliza @ ABPBH 2009

"1 April 2010..ulangtahun ke 15 Dato' Siti Nurhaliza dalam industri...4 April 2010, mengapa tidak kita hadiahkan sebuah kejayaan''


Teruskan mengundi Dato Siti Nurhaliza untuk kategori Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular ABPBH 2009 melalui Borang Undian di Berita Harian dan juga undian SMS...... Semoga segala usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil yang paling bermakna bagi kita semua sebagai peminat Dato Siti Nurhaliza.....

Related Posts with Thumbnails