CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Tuesday, February 9, 2010

Tahajjud Cinta - Dato Siti Nurhaliza



Teruskan mengundi Dato Siti Nurhaliza di ABPBH 2009...

Sunday, February 7, 2010

Weekend Activity - Bowling and Trip to Beijing

Minggu ini aktiviti di hujung minggu lebih kepada acara sukan.... Minggu lepas kan dah penuh dengan acara hiburan.... So minggu ni Ikram dan rakan-rakan decide untuk rehat sebentar dari aktiviti melibatkan acara hiburan kerana hujung minggu depan dah nak tengok Konsert Satu Suara..... So excited skrg ni coz dapat tengok konsert pada Malam Gala...... Pada minggu ini, kami semua pergi main bowling di Berjaya Times Square..... Bertempat di Ampang Superbowl, Ikram dan rakan-rakan berkumpul sebelum kami semua mendaftar di kaunter pembayaran.... Selepas menyelesaikan pembayaran, games pun bermula.......Lambat juga nak dapat hayunan mantap sebab dah lama tak main..... Lagipun kebelakangan ini asyik hayun marker pen je..... Semua yang ada memang enjoy kerana ada balingan yang masuk longkang dan ada yang mendapat strike..... Gelak tawa sudah sebati bila kami semua berkumpul..... Di tambah juga dengan perbincangan mengenai ABPBH 2009 dan juga Konsert Satu Suara, memang gamat le suasana di Ampang Superbowl..... Games pertama dimenangi oleh Abg Hanafi manakala Adie pula memenangi games yang kedua..... Walaupun Ikram tak dapat Top 3, tapi tetap puas hati kerana dapat juga membuat balingan strike...... Macam biasa, sesi bergambar ada sesi wajib.....


Bergambar selepas habis games.....

Selepas penat bermain bowling, kami semua bergerak untuk menikmati lunch pula.... Maklumlah selepas penat menghayun bola bowling, perut pun dah mula berkeroncong..... So, untuk lunch pada kali ini, Wendy Restaurant menjadi pilihan....

Lunch time at Wendy Restaurant......

Selepas selesai lunch, kami semua bergerak ke lobby utama Berjaya Times Square untuk berlepas ke Beijing untuk menyambung acara wajib iaitu sesi bergambar........ Suasana lobby utama Berjaya Times Square telah dihias indah dengan pelbagai dekorasi sempena Tahun Baru Cina..... Terasa diri ini berada di Beijing buat seketika waktu..... Pelbagai aksi berjaya dirakamkan untuk di simpan sebagai kenangan buat kami semua.... Alhamdulillah kerana semua perancangan aktiviti hujung minggu kali berjaya dilaksanakan...... Semoga berjumpa lagi di Istana Budaya pada hari Jumaat ini untuk menyaksikan Malam Gala Konsert Satu Suara.....

Di pintu gerbang ke kota Beijing.... hahaha :-)

Wednesday, February 3, 2010

Konsert Satu Suara



Konsert Satu Suara menggabungkan dua penyanyi lelaki paling berpotensi di dalam industri muzik tanah air ketika ini iaitu Faizal Tahir dan Aizat di dalam satu konsert berprestij bertempat di Istana Budaya. Konsert yang dianjurkan oleh Siti Nurhaliza Production ini turut menampilkan Dato Siti Nurhaliza yang akan muncul sebagai penampilan istimewa. Persembahan pada Konsert Satu Suara akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan dan akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut mulai 12hb Februari 2010 (Malam Gala) sehingga 14hb Februari 2010. Diharapkan peminat-peminat Faizal Tahir, Aizat dan semestinya Penyanyi No 1 Malaysia, Dato Siti Nurhaliza tidak melepaskan peluang untuk melihat tiga nama hebat ini berkongsi satu pentas untuk menghiburkan anda semua dengan rangkaian lagu yang pasti mempersonakan. Saksikanlah Konsert Satu Suara.........



Tiket sudah dapat..... Malam Gala........
Seat pun best..... Depan stage......

Lagu Pilihan Februari 2010 - Hanya Dia

HANYA DIA

Kucintainya kerana cara dia

Sungguh berbeza dari yang telahku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Kucintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percaya kan janjinya

Chorus
Kuakui aku menggilainya
Kuakui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya...dia

Chorus 2
Kuakui aku mengaguminya
Kuakui aku menyayanginya
Sungguhnya kuakui kuperlukan dia
Segalanya kuserah
Kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia

Ulang Chorus, Chorus 2 (2X)



♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥CTKD♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Teruskan mengundi Dato Siti Nurhaliza di ABPBH 2009


Money and Capital Market

Kepada semua students Money and Capital Market, anda dikehendaki untuk memuat turun notes untuk subjek ini di link yang telah disediakan di bawah :


PFS 2243 MONEY AND CAPITAL MARKET

Monday, February 1, 2010

Bersantai di Laman Santai, Istana Budaya

Pada malam Sabtu yang lepas, Ikram bersama rakan-rakan Sitizoners berkumpul di Laman Santai, Istana Budaya.... Kiranya macam perjumpaan mingguan..... Lagipun nak ambil feel sempena Konsert Satu Suara yang akan berlangsung pada 12hb Februari 2010 sehingga 14hb Februari 2010.... Dah nama pun perjumpaan mingguan, so bila dah berjumpa memang semua excited nak bergosip.... Hehehe..... Gosip utama seperti biasa pasal undian ABPBH 2009.... Walaupun baru first week undian pusingan akhir berlangsung, kehangatan dah mula membahang ni..... Maklumlah matlamat utama tahun ni ialah nak hadiahkan gelaran Bintang Paling Popular serta mengekalkan kategori Penyanyi Wanita Popular sempena ualng tahun ke-15 Dato Siti Nurhaliza di dalam industri seni...... Memang kali ini diakui, saya sendiri mengundi habis-habisan untuk Dato Siti Nurhaliza..... Kiranya apa sahaja demi Dato Siti Nurhaliza..... So malam tu, persembahan di Laman Santai diserikan dengan kehadiran Dina, Dafi dan Jamal Abdillah..... Memang happening malam tu coz ramai orang yang hadir..... Orang lain dapat juga merasa adanya meja tapi group kami juz dapat merasa kerusi je..... Bila dikenangkan agak kelakar juga..... Tapi yang penting kita orang semua memang enjoy gila malam tu..... Paling penting, walaupun first time berjumpa dengan Dina dan Dafi, terus dapat peluang untuk bergambar..... Hehehe..... Secara peribadi, saya amat menggemari persembahan Dina dengan lagu Sejauh Ini dan persembahan Dafi dengan lagu yang digubah semula iaitu Sway..... Memang rancak lagu Sway dendangan Dafi..... Sangat2 menyukai arrangement lagu tersebut..... Macam biasa, sesi bergambar adalah sesi wajib bila dah berkumpul..... Hampir pukul 11 malam, persembahan di akhir oleh Jamal Abdillah.... Hope after this, dapat lagi berkumpul seperti ini.....


With Dina


With Dafi

Dato Siti Nurhaliza di My Star LG Grand Finale

Dato Siti Nurhaliza telah membuat persembahan istimewa di My Star LG Grand Final dengan mendendangkan lagu Cinta Ini dari album Lentera Timur dan berduet dengan Krisdayanti, mendendangkan lagu Amarah yang dipetik dari album duet mereka, CTKD. Persembahan yang sangat hebat dari dua orang vokalis wanita terbaik Nusantara. Sangat terhibur dengan persembahan duet pertama mereka mendendangkan lagu Amarah secara live di Malaysia.



Dato Siti dah nak balik masa ni...
Credit photo : Mista Hery

Related Posts with Thumbnails