CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Thursday, January 26, 2012

Kini DUA TAHUN !!!!



Alhamdulillah, hari ini genaplah dua tahun blog ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian saya bersama anda semua.... Begitu banyak suka dan duka yang telah dikongsikan bersama anda semua sepanjang dua tahun blog ini diwujudkan.... Kegembiraan bertemu artis pujaan seperti Dato Siti Nurhaliza, Remy Ishak dan Shahir turut dikongsikan disini menerusi foto-foto yang berjaya dirakamkan sebagai satu kenangan yang tidak dapat dilupakan... Pelbagai kempen juga dijalankan disini seperti kempen Gerak Gempur Dato Siti Nurhaliza untuk ABPBH 2009 dan Gerak Gempur Shahir untuk ABPBH 2010.... Adakalanya masa yang yang tidak mencukupi membataskan saya untuk menulis di blog ini namun saya akan sedaya upaya untuk mencoretkan sesuatu disini buat tatapan anda semua....  Selain itu, blog ini juga sedang mengalami transformasi di mana mulai bulan hadapan, blog ini akan tampil dengan wajah baru yang lebih segar..... Sempena tahun kedua, blog ini menampilkan header yang baru tapi masih mengekalkan lagi warna merah, hitam dan putih sebagai tema blog ini....  Diharapkan agar anda semua terus memberikan sokongan yang padu dengan sentiasa melayari blog saya.... Saya juga mengharapkan feedback daripada anda semua supaya saya dapat mempertingkatkan lagi blog saya ini.... Akhir kata selamat melayari blog Hanya Dia.... Ikram Muzammil....


Sunday, January 22, 2012

Dato Siti Nurhaliza - Bukan Cinta Biasa (Dangdut Version) @ Majlis Potluck Birthday Dato Siti Nurhaliza

Move Like Jagger - Dato Siti Nurhaliza @ Majlis Potluck Birthday Dato Siti Nurhaliza

On The Floor - Dato Siti Nurhaliza @ Majlis Potluck Birthday Dato Siti Nurhaliza

Majlis Potluck Birthday Dato Siti Nurhaliza

TARIKH : 20 JANUARI 2012
MASA : 8.00 PM - 11.30 PM
TEMPAT : RESTORAN RESIPI SANG DEWI















Wednesday, January 18, 2012

My Cinema : Jack & Jill


Jack and Jill is a comedy focusing on Jack Sadelstein (Adam Sandler), a successful advertising executive in Los Angeles with a beautiful wife and kids, who dreads one event each year: the Thanksgiving visit of his identical twin sister Jill (also Adam Sandler). Jill's neediness and passive-aggressiveness is maddening to Jack, turning his normally tranquil life upside down. Katie Holmes plays Erin, Jack's wife

My Ratings : 4 Stars

Sunday, January 15, 2012

Siti Nurhaliza Biography in History Channel

Wednesday, January 11, 2012

Happy Birthday Dato Siti Nurhaliza Yang Ke-33


Hari ini 11 Januari 2012 genaplah sudah ulang tahun kelahiran yang ke-33 tahun buat penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza. Semoga Dato Siti Nurhaliza dipanjangkan umur dan ditambahkan rezeki dalam setiap bidang yang diceburi. Diharapkan agar Dato Siti Nurhaliza terus memeriahkan industri seni tanah dengan penghasilan album terbaru disamping terus mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan menerusi produk SimplySiti. Selain itu, moga-moga impian Dato Siti Nurhaliza untuk bergelar seorang ibu akan dimakbulkan serta sentiasa bahagia melayari alam rumah tangga bersama suami tercinta, Datuk Khalid. Sokongan terhadap Dato Siti Nurhaliza akn sentiasa tersemat di hati sampai bila-bila. Insyaallah.

Sunday, January 8, 2012

My Cinema : The Darkest Hour


The Darkest Hour is the story of five young people who find themselves stranded in Moscow, fighting to survive in the wake of a devastating alien attack. The 3D thriller highlights the classic beauty of Moscow alongside mind-blowing special effects.

My Ratings : 4 Stars

Kembali Bergelar Mahasiswa


Alhamdulillah.... Akhirnya impian untuk kembali bergelar mahasiswa tercapai jua setelah menanti hampir 2 tahun... 7 Januari 2012 merupakan tarikh yang dinantikan kerana bermulalah episod baru dalam kehidupanku sebagai seorang mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM).... Sangat bersyukur kerana mendapat kursus yang sememangnya diidam-idamkan sejak dahulu lagi iaitu MSc Finance... 

Sebenarnya hajat untuk menyambung pengajian sudah mula terbit sejak tahun lepas lagi di mana telah mendapat tawaran daripada University of Warwick di United Kingdoms bagi kursus yang sama... Namun hajat tersebut tidak kesampaian kerana komitmen terhadap kerja memaksa ku untuk menolak tawaran yang sangat bernilai itu.... 

Kini, peluang yang diperolehi tidak akan dilepaskan begitu sahaja... Walaupun menyambung pengajian di dalam negara sahaja, namun cabarannya tetap sama... Tambahan pula, selepas ini perlu mengimbangi kehidupanku di antara karier, pelajaran dan peribadi... Satu tugasan yang amat berat dan mencabar....

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang mengutuskan ucapan tahniah kepada saya terutama rakan-rakan serta pelajar-pelajar... Saya amat-amat menghargai setiap ucapan yang dikirimkan dan ianya akan dijadikan sebagai azimat dalam menempuhi cabaran yang bakal mendatang... Buat semua pensyarahku sewaktu di peringkat ijazah sarjana muda dahulu, terima kasih di atas segala nasihat yang diberikan.... Ianya sangat berguna buat diriku... Semoga anda semua dapat mendoakan kejayaan ku..... 

Secara rasminya kini ku bergelar mahasiswa MSc Finance di Universiti Utara Malaysia....

Related Posts with Thumbnails