CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Wednesday, July 20, 2011

Penggambaran Iklan SimplySiti - Lovely & Vogue

TARIKH : 17 JULAI 2011
MASA : 6.30 PM - 2.00 AM
TEMPAT : JADE HILLS RESORT CLUB, KAJANG

Dato Siti Nurhaliza bersama semua Sitizoners yang menjayakan penggambaran iklan SimplySiti

Dato Siti Nurhaliza memberikan pose istimewa sewaktu penggambaran....

Salah satu scene dalam iklan SimplySiti....

Posing dahulu sebelum memulakan penggambaran iklan.....

Bersama idola kesayangan, Dato Siti Nurhaliza....

Credit Photo : Tini Zulkefli


Tuesday, July 19, 2011

Dato' Siti Nurhaliza- Falling in Love (Studio Version)

Saturday, July 16, 2011

Dato Siti Nurhaliza - Artis Serantau Paling Popular Sedekad APM 2011

Falling in Love @ Anugerah Planet Muzik 2011

Thursday, July 14, 2011

Beribu Sesalan - Ning Baizura, Jaclyn Victor and Shila

Sunday, July 10, 2011

Falling in Love @ Malam Gala SimplySiti

Saturday, July 2, 2011

Dato' Siti Nurhaliza @ Meet & Greet SimplySiti

Dato' Siti Nurhaliza @ Meet & Greet SimplySiti
Tarikh : 29 Julai 2011
Masa : 2.00 PM
Tempat : Watson AEON Bukit Tinggi, Klang




Sudah lama tidak bertemu dengan penyanyi nombor satu negara, siapa lagi kalau bukan Dato' Siti Nurhaliza. Sejak beberapa bulan yang lepas, banyak aktiviti yang melibatkan Dato' Siti Nurhaliza dilepaskan begitu sahaja lantaran waktu yang tidak mengizinkan kerana kebanyakkan acara diadakan pada hari bekerja dan di adakan di sekitar Kuala Lumpur. Namun, peluang yang ditunggu akhirnya tiba pada hari Jumaat yang lepas. Akhirnya saya berpeluang menemui Dato' Siti Nurhaliza serta dapat berbual dengan beliau. Paling penting, saya dapat juga mengabadikan kenangan tersebut dengan gambar yang diambil oleh kakitangan SimplySiti yang turut serta dalam acara kali ini. Selain bertanya khabar, Dato' Siti sempat memberikan pesanan supaya hadir di Malam Gala SimplySiti yang akan di adakan pada 9 Julai 2011. Saya pada mulanya agak kelu apabila melihat Dato' Siti Nurhaliza setelah lama tidak bertemu. Perasaan gemuruh sememangnya akan menjelma setiap kali bertemu idola kesayangan ramai ini. Namun kerana sudah merindui sangat untuk bertemu dengan Dato' Siti Nurhaliza, akhirnya perasaan gemuruh itu dapat dikawal. SimplySiti juga tidak lupa memberikan saya tiket untuk ke Malam Gala SimplySiti. Setelah hampir 45 minit Dato Siti Nurhaliza beramah mesra dengan semua peminat dan pengguna SimplySiti, Dato Siti Nurhaliza sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada acara petang itu. Semasa Dato' Siti Nurhaliza melangkah menuju ke kereta Mini Cooper berwarna merah hitam, Dato' Siti Nurhaliza sempat berpesan "Jumpa nanti ye Ikram di Malam Gala" kepada diriku. Bahagia sungguh diri ini apabila dapat bertemu dengan beliau. Insyaallah saya akan Malam Gala SimplySiti nanti. Satu kenangan indah yang tidak akan dilupakan dalam hidupku selamanya.

Related Posts with Thumbnails