CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Wednesday, June 29, 2011

Yahoo! Question Time with Dato Siti Nurhaliza

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat Dato Siti Nurhaliza kerana Yahoo! Malaysia telah menjemput penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza untuk berchatting bersama peminat-peminat beliau. Sesi berchatting bersama Dato Siti Nurhaliza bermula tepat jam 10.30 pagi dan berlanjutan sehingga hampir ke pukul 1 petang. Banyak soalan-soalan yang dikemukakan kepada Dato Siti Nurhaliza oleh peminat-peminatnya. Antara soalan yang dikemukakan adalah berkisar mengenai diri, karier dari segi bidang nyanyian dan juga mengenai SimplySiti serta perkembangan album Inggeris beliau yang pertama. Selain itu, banyak juga tips juga dikongsikan bersama peminat-peminat beliau. Peluang seperti ini membolehkan Dato Siti Nurhaliza berinteraksi bersama-sama peminat-peminatnya. Saya juga amat gembira apabila soalan yang saya kemukakan telah dipilih untuk dijawab oleh Dato Siti Nurhaliza sendiri. Terima kasih Dato Siti Nurhaliza kerana sudi menjawab pertanyaan saya mengenai harapan Dato Siti Nurhaliza apabila menghasilkan album Inggeris yang pertama yang dijangka akan dikeluarkan dalam bulan Julai nanti. Disini sertakan beberapa gambar ketika sesi Question Time with Siti Nurhaliza berlangsung yang diambil daripada Yahoo! Malaysia untuk tatapan anda semua.


Dato Siti Nurhaliza semasa sesi autograph....

Dato Siti Nurhaliza semasa sesi chatting....

Dato Siti Nurhaliza di pejabat Yahoo! Malaysia untuk Yahoo! Question Time
Dato Siti Nurhaliza menjawab pertanyaan yang diajukan oleh saya.....
GEmbiranya hati ini..... :-)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails