CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Monday, June 6, 2011

Rafael Nadal Menang Roland Garros 2011, Menyamai Rekod Bjorn Borg


Sejarah tercipta lagi buat pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal apabila beliau memenangi gelaran Roland Garros buat kali keenam sekaligus menyamai rekod lagenda Bjorn Borg yang telah memenangi gelaran yang sama sebelum ini. Kejayaan manis ini hadir setelah Rafael Nadal dilihat agak goyah di permulaan kejohanan ini. Namun beliau mempamerkan kebangkitan yang menyakinkan apabila berjaya mempamerkan aksi yang menarik sewaktu menumpaskan Robin Soderling di peringkat suku akhir serta Andy Murray di peringkat separuh akhir. Pertembungan dengan Roger Federer di perlawanan akhir sememangnya sengit namun Rafael Nadal berjaya membuktikan dia masih lagi Raja Tanah Liat. Kemenangan ini juga mengukuhkan kembali kedudukan Rafael Nadal selaku pemain nombor satu dunia yang sebelum ini kelihatan goyah dengan persembahan menakjubkan Novak Djokovic sebelum ini. Selepas ini tumpuan seterusnya akan beralih kepada gelanggang rumput di mana Rafael Nadal merupakan penyandang juara bagi kejohanan Wimbledon. Satu trofi utama berjaya dipertahankan. Dua lagi trofi utama - Wimbledon dan US Open perlu juga dipertahankan. Semoga Rafael Nadal terus sukses dan berjaya menjadi seorang lagenda tenis yang hebat. Vamos Rafa!!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails