CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Tuesday, June 21, 2011

APM 2011 - Undian Kini Bermula

Bermula hari ini, undian online bagi 4 kategori popular di Anugerah Planet Muzik 2011 bermula di mana salah satunya melibatkan penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato Siti Nurhaliza bagi kategori Artis Serantau Paling Popular. Dato Siti Nurhaliza merupakan penyandang gelaran tersebut yang dimenangi beliau pada APM 2009 yang lalu. Pada edisi kali ini, Dato Siti Nurhaliza akan bersaing dengan 11 lagi calon lain dari Indonesia, Singapura dan Malaysia. Pemenang bagi kategori ini ditentukan oleh peminat-peminat sendiri dimana mereka boleh mengundi artis kesayangan mereka menerusi undian online yang akan berlangsung sehingga 10 Julai 2011. Jangan lepas peluang untuk mengundi Dato Siti Nurhaliza ye. Klik link di bawah untuk mula mengundi Dato Siti Nurhaliza bagi kategori Artis Serantau Paling Popular. Semoga kejayaan menjadi milik Dato Siti Nurhaliza di Anugerah Planet Muzik 2011 dan seterusnya mencipta sejarah memenangi trofi APM buat kali ke-10 berturut-turut.

Undi Dato Siti Nurhaliza bagi Artis Serantau Paling Popular

0 comments:

Related Posts with Thumbnails