CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Sunday, April 3, 2011

ABPBH 2010 : Debaran Kian Terasa

Malam ini bakal berlangsung acara yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peminat industri hiburan tanah air.... Setelah berbulan-bulan berhempas pulas mengatur strategi untuk mengundi artis kesayangan masing-masing, kini tiba masanya untuk mengetahui keputusan bagi setiap kategori yang dipertandingkan terutama bagi kategori Bintang Paling Popular.... Nama-nama selebriti seperti Zizan, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Shahir dan Faizal Tahir menjadi pilihan untuk menjulang trofi tersebut berdasarkan pencapaian cemerlang mereka sepanjang tahun 2010.... Tidak kurang menarik juga ialah siapa yang akan merangkul gelaran Penyanyi Wanita Popular setelah 13 tahun berturut-turut gelaran itu menjadi milik Dato' Siti Nurhaliza.... Yuna, Stacy dan Adira disebut-sebut bakal merangkul gelaran tersebut... Tambahan pula, dikhabarkan pengiraan undian bagi kategori ini dilakukan dengan sangat ketat... Untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Wanita Baru Popular, banyak pihak yang meramalkan Shahir dan Adira akan menang manakala bagi kategori filem dan TV, nama-nama seperti Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Fasha Sandha dan Scha Al-Yahya mempunyai potensi membawa pulang trofi.... Apapun keputusan yang bakal diketahui malam ini, secara peribadi saya amat mengharapkan Shahir dapat merangkul 3 trofi bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular, Penyanyi Lelaki Popular dan Bintang Paling Popular... Semoga keputusan malam ini diharapkan penuh dengan kejutan.... Debaran kini kian terasa....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails