CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Friday, April 1, 2011

16 Tahun Menyinari Industri Seni - Dato' Siti Nurhaliza


Hari ini bersamaan dengan 1 April 2011, genaplah 16 tahun pembabitan penyanyi nombor satu Malaysia dan juga kesayangan ramai, Dato' Siti Nurhaliza.... Bermula dengan album perdana beliau, Siti Nurhaliza kini beliau telah berada di kelasnya yang tersendiri.... Dato' Siti Nurhaliza membuktikan bahawa usaha keras beliau berjaya meletakkan beliau sebagai penyanyi nombor satu Malaysia.... Keunggulan beliau masih lagi belum tergugat kerana beliau sentiasa memberikan yang terbaik buat semua peminat-peminat beliau.... Deretan anugerah yang diterima setiap tahun membuktikan bahawa beliau masih lagi relevan di dalam industri seni tanah air.... Penampilan beliau masih lagi dinantikan oleh semua peminat-peminat beliau... Itulah aura Dato Siti Nurhaliza... Bergelar usahawan menerusi kemunculan produk kecantikan, SimplySiti tidak sama sekali membuatkan beliau melupakan bidang nyanyian.... Diharapkan Dato' Siti Nurhaliza akan terus menyinari industri seni tanah air dengan terus menerbitkan album dan lagu-lagu yang berkualiti kerana semua peminat-peminat rindukan suara emas Dato Siti Nurhaliza mendendangkan rangkaian-rangkaian lagu terbaru..... Di harapkan juga semoga semua yang diusahakan oleh Dato' Siti Nurhaliza ketika ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan tidak kira dalam apa bidang yang diceburi.... Tahniah di atas kegemilangan yang telah di capai sepanjang 16 tahun bergelar anak seni....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails