CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Sunday, January 9, 2011

Menjelang Anugerah Juara Lagu 25 - Good Luck Shahir


Malam ini, Anugerah Juara Lagu 25 akan berlangsung di Stadium Putra, meneruskan legasi menobatkan lagu terbaik di antara yang terbaik. Tahun ini AJL 25 menampilkan 14 lagu untuk dipertandingkan dimana salah satu finalis yang bertanding ialah Shahir yang akan mendendangkan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Diharapkan Shahir dapat menampilkan sesuatu yang istimewa dalam persembahan kali ini khas buat semua peminat Shahir yang sentiasa menyokong karier seni Shahir selama ini. Kami semua mendoakan hanya yang terbaik buat Shahir dalam menghadapi saingan sengit daripada artis-artis lain yang turut bertanding dalam AJL 25 kali ini. Setiap lagu yang dipertandingkan ada peluang untuk merangkul anugerah-anugerah yang disediakan seperti Persembahan Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik, Tempat Ke-3, Tempat Ke-2 dan Juara AJL. Semoga Shahir dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu trofi pada malam nanti. Good luck Shahir. All the best !!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails