CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Wednesday, January 26, 2011

Kini SETAHUN!!!!

Alhamdulillah, hari ini genaplah setahun blog ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian saya bersama anda semua.... Begitu banyak suka dan duka yang telah dikongsikan bersama anda semua sepanjang setahun blog ini diwujudkan.... Kegembiraan bertemu artis pujaan seperti Dato Siti Nurhaliza, Remy Ishak, Diana Danielle dan Shahir turut dikongsikan disini menerusi foto-foto yang berjaya dirakamkan sebagai satu kenangan yang tidak dapat dilupakan... Pelbagai kempen juga dijalankan disini seperti kempen Gerak Gempur Dato Siti Nurhaliza untuk ABPBH 2009 dan yang terkini dan sedang berlangsung ialah Gerak Gempur Shahir untuk ABPBH 2010.... Adakalanya masa yang yang tidak mencukupi membataskan saya untuk menulis di blog ini... Namun mulai tahun ini, saya kembali aktif menggerakkan blog ini supaya lebih banyak perkara yang saya dapat kongsikan disini.... Selain itu, blog ini juga sedang mengalami transformasi di mana mulai bulan hadapan, blog ini akan tampil dengan wajah baru yang lebih segar..... Selari dengan itu, satu pertandingan mencipta header untuk blog ini sedang berjalan dan mendapat beberapa penyertaan.... Diharapkan agar anda semua terus memberikan sokongan yang padu dengan sentiasa melayari blog saya.... Saya juga mengharapkan feedback daripada anda semua supaya saya dapat mempertingkatkan lagi blog saya ini.... Akhir kata selamat melayari blog Hanya Dia.... Ikram Muzammil....


0 comments:

Related Posts with Thumbnails