CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Wednesday, July 7, 2010

Rafael Nadal - Wimbledon 2010 Champion

Hari Ahad lepas merupakan hari bersejarah buat dunia tennis apabila Rafael Nadal berjaya merampas kembali trofi Wimbledon 2010 setelah terlepas dari genggaman tahun lalu akibat menarik diri daripada kejohanan. Lawan beliau di final bukan lagi seteru utama beliau iaitu Roger Federer tetapi Tomas Berdych yang sebelum itu mengejutkan Roger Federer di peringkat suku akhir. Kemenangan Rafael Nadal di Wimbledon 2010 mengukuhkan lagi kedudukan beliau selaku pemain tennis nombor satu dunia berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh ATP sejurus tamat acara Grand Slam ketiga bagi tahun ini. Kejayaan Rafael Nadal ini juga mengulangi pencapaian hebat beliau di mana pada tahun 2008, Rafael Nadal buat pertama kalinya memenangi Roland Garros dan Wimbledon dalam tahun yang sama.Semoga kejayaan ini akan dapat dikekalkan sehingga ke acara Grand Slam yang terakhir pada tahun ini iaitu US Open 2010. Diharapkan juga agar Rafael Nadal dapat mengekalkan prestasi mantap beliau untuk memenangi US Open 2010 buat kali pertama dalam karier beliau sekaligus melengkapkan "Rafa Slam".

Rafael Nadal bersama trofi Wimbledon beliau yang kedua.....Vamos Rafa!!!!!!!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails