CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Wednesday, June 9, 2010

Ulangtahun Ke-5 InTrend dan Sambutan Birthday Mama Diana Danielle

Pada hujung minggu lepas (5 Jun 2010) telah berlangsung majlis ulangtahun ke-5 InTrend di One Utama New Wing.... Ramai artis turut serta memeriahkan majlis tersebut yang diacarakan oleh Zainal Alam dan Yasmin Hani.... Antaranya ialah Mila, Imran Ajmain, Alyah, Nurul, Sabhi Saddhi, Yazer dan ramai lagi.... Terdapat juga acara pertunjukkan fesyen oleh pereka-pereka fesyen berbakat tanah air... Acara pertunjukkan fesyen ini diserikan dengan penampilan istimewa Diana Danielle yang menjadi "muse" kepada Ezuwan Ismail yang menampilkan rekaan fesyen yang terkini bertemakan warna kuning dan hitam yang menawan.... Peluang untuk bertemu dengan ramai selebriti tanah air tidak dilepaskan begitu sahaja... Sesi bergambar dengan artis adalah perkara wajib..... Antara artisnya ialah Mila, Sari Yanti, Yasmin Hani, Diana Danielle dan ramai lagi... Acara ini berterusan sehingga ke petang.... Disini sertakan gambar-gambar dari majlis ulangtahun ke-5 InTrend......

With Alyah.....

With Diana Danielle....

With Noryn Aziz.....

Selamat ulangtahun ke-5 InTrend.......


Setelah selesai majlis tersebut, Diana Danielle telah menjemputku dan rakan-rakan untuk menghadiri suprise birthday party yang diadakan sempena birthday Mama Diana Danielle di Red Box Signature Gardens.... Majlis yang diadakan sangat meriah diiringi dengan nyanyian dari hadirin yang hadir memeriahkan majlis tersebut... Diana Danielle juga menyanyikan beberapa lagu terutama lagu-lagu dari penyanyi kesukaan beliau, Taylor Swift.... Ku juga berpeluang berduet dengan Diana Danielle menerusi lagu Seindah Biasa... Kami semua juga bergabung suara menerusi lagu My Baby You, dendangan asal oleh Marc Anthony... Seperti biasa acara wajib iaitu sesi bergambar dijalankan.... Banyak gambar-gambar dapat dirakamkan sewaktu majlis tersebut berlangsung... Disini disertakan beberapa gambar sewaktu majlis sambutan birthday Mama Diana Danielle berlangsung.....

Berduet dengan Diana Danielle menerusi lagu Seindah Biasa.....

Diana Danielle and the Gang menyanyikan lagu My Baby You.....


0 comments:

Related Posts with Thumbnails