CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Wednesday, June 9, 2010

Shahir AF8 - Ikon Belia Negeri Perak Darul Ridzuan

Pada 6 Jun 2010 yang lepas, ku bersama-sama rombongan Shahir FC telah berkunjung ke Teluk Intan sempena Hari Belia Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan.... Rombongan yang bertolak dari Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil terdiri daripada penyokong-penyokong Shahir.... Rombongan ini diadakan sebagai tanda sokongan kepada Shahir yang di lantik sebagai Ikon Belia Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di majlis tersebut..... Rombongan bertolak pada jam 9.30 pagi dan tiba di Teluk Intan setelah melalui perjalanan yang memakan masa selama 3 jam... Setelah tiba di Teluk Intan, rombongan terus bergerak ke Arena Square - tempat berlangsungnya Hari Belia tersebut... Pelbagai aktiviti diadakan sempena Hari Belia tersebut dan pastinya kedatangan Shahir amat ditunggu-tunggu oleh peminat-peminatnya..... Shahir akhirnya muncul di Arena Square dan terus bertemu dengan peminat-peminatnya di booth Shahir FC.... Shahir juga sempat mendendangkan 2 buah lagu di mana salah satu lagu tersebut ialah single terbaru beliau - Kebahagiaan Dalam Perpisahan.... Setelah majlis selesai, Shahir naik ke atas bas yang membawa rombongan Shahir FC dari Kuala Lumpur.... Sesi bergambar bersama Shahir juga diadakan di atas bas tersebut dimana semua mendapat peluang bergambar bersama-sama Shahir..... Shahir juga sempat memberikan ucapan kepada semua yang berada di dalam bas tersebut.... Ku juga dapat berkenalan dengan kenalan-kenalan baru yang turut serta dalam rombongan tersebut..... Sememangnya hajat untuk bertemu dan bergambar dengan Shahir menjadi realiti.... Thanks a lot to Shahir FC..... Che Ahmad... Hoi... Hoi... Hoi....

With Shahir.....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails