CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Wednesday, June 9, 2010

Rafael Nadal - Roland Garros 2010 Champion

Kegembiraan melanda diriku tatkala mengetahui keputusan perlawanan akhir Roland Garros 2010 memihak kepada Rafael Nadal yang menumpaskan Robin Soderling, 6-4, 6-2 dan 6-4.... Sememangnya kejayaan ini amat dinantikan setelah tewas mengejut pasa pusingan keempat tahun lepas kepada Robin Soderling juga.... Dengan merangkul kejuaraan ini, Rafael Nadal juga turut melonjak ke posisi pemain nombor satu dunia, menggantikan Roger Federer yang turun ke posisi pemain nombor dunia setelah berada di posisi nombor satu selama 11 bulan..... Kejayaan manis ini hadir selepas Rafael Nadal berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjuarai ATP Master 1000 di Monte Carlo, Rome dan Madrid dalam laluan beliau untuk merangkul gelaran Roland Garros buat kali kelima dalam karier beliau..... Semoga Rafael Nadal akan terus merangkul pelbagai gelaran selepas ini terutama pada Kejohanan Wimbledon yang akan berlangsung tidak lama lagi dimana pada tahun lepas, Rafael Nadal tidak berpeluang mempertahankan kemenangan yang diperolehi beliau pada tahun 2008 ..... Vamos Rafa...........


Rafael Nadal - Roland Garros 2010 Champion

0 comments:

Related Posts with Thumbnails