CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Monday, April 12, 2010

Remy Ishak Birthday Bash

Semalam (11/4/2010) telah berlangsung Remy Ishak Birthday Bash yang diadakan sempena menyambut hari jadi Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2009 - Remy Ishak. Majlis yang berlangsung di Hotel Singgahsana Petaling Jaya ini turut dihadiri oleh peminat-peminat Remy Ishak yang memakai pakaian serba merah dan hitam mengikut tema majlis pada petang itu. Setiap hadirin yang hadir menerima goodie bag yang mengandungi gambar eksklusif RemyIshak, mug dan kad aturcara majlis berserta nombor untuk acara cabutan bertuah. Ada peminat Remy yang datang dari Pulau Pinang, Sarawak dan Singapura semata-mata untuk memeriahkan majlis pada petang semalam. Acara dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan dari wakil Remy Ishak Fanz dan yang paling ditunggu-tunggu adalah ucapan dari Remy Ishak sendiri. Pada kesempatan ini Remy Ishak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada beliau sehingga berjaya menggenggam anugerah ABPBH. Masih jelas kelihatan Remy masih lagi gugup ketika memberikan ucapan. Majlis memotong kek harijadi dan pulut kuning berlangsung sejurus sahaja Remy habis memberikan ucapannya. Beberapa acara turut diadakan bagi memeriahkan majlis. Antaranya ialah Treasure Hunt, Rebut Kerusi, Tiup Belon dan Lucky Draw. Remy Ishak sendiri sudi untuk bersama-sama bersama peminat-peminatnya bermain acara yang telah disediakan. Memang gamat suasana di dalam dewan tersebut dengan gelak tawa melihat gelagat Remy Ishak yang cukup sporting. Remy Ishak juga turut berkongsi pengalaman beliau bagaimana beliau bermula menjadi seorang anak seni sehingga berjaya. Acara terakhir sudah pasti sesi autograf dan bergambar dengan Remy Ishak. Sesungguhnya acara Remy Ishak Birthday Bash berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Semoga majlis sebegini dapat diadakan lagi bagi mengeratkan silatulrahim di antara peminat Remy Ishak. Tidak lupa juga salam perkenalan saya hulurkan kepada semua yang baru berkenalan di majlis semalam. Sememangnya ia merupakan antara kenangan manis yang tidak mungkin saya lupakan sepanjang tahun ini. :-)

Remy Ishak sedang memberikan ucapan....

Remy Ishak sedang memotong kek harijadi.....

Remy Ishak sedang berkongsi pengalaman beliau bergelar anak seni.....

Remy Ishak turut serta dalam acara Tiup Belon......

Bergambar kenangan bersama Remy Ishak.....


Tuesday, April 6, 2010

Dato Siti Nurhaliza Menang Bintang Paling Popular ABPBH 2009

4 April 2010 akan dikenang sebagai hari yang terindah buat Dato' Siti Nurhaliza dan Sitizoners apabila akhirnya Dato' Siti Nurhaliza berjaya merampas kembali takhta Bintang Paling Popular setelah hampir beberapa tahun di menangi oleh artis lain. Kemenangan kali ketujuh ini lebih bermakna kerana Dato' Siti Nurhaliza sedang meraikan ulang tahun ke-15 penglibatan beliau di dalam industri hiburan tanah air. Selain itu, Dato' Siti Nurhaliza juga mempertahankan gelaran Penyanyi Wanita Popular untuk kali ke-13 berturut-turut sebelum mengundurkan diri untuk edisi akan datang. Sememangnya rekod yang telah dicipta oleh Dato' Siti Nurhaliza sukar untuk digugat oleh mana-mana artis. Ucapan Dato Siti Nurhaliza yang penuh emosi ketika menerima trofi Bintang Paling Popular sarat dengan penghargaan kepada Sitizoners yang menjadi kekuatan Dato' Siti Nurhaliza dan bertungkus lumus mengadakan pelbagai siri Gerak Gempur yang ditunjangi oleh beberapa Sitizoners sehingga berjaya menggapai kejayaan manis. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa Dato Siti Nurhaliza mempunyai fan base yang cukup kuat untuk menyokong kegemilangan kerjaya seni beliau. Kepada semua Sitizoners yang telah mengundi dan menyertai siri Gerak Gempur, terima kasih diucapkan kepada anda semua. Tidak lupa ucapan tahniah untuk anda semua kerana penat lelah kita semua akhirnya terbalas dengan kejayaan ini. Misi untuk menghadiahkan sesuatu yang paling istimewa telah pun terlaksana. Alhamdulillah. Buat Dato' Siti Nurhaliza, tahniah di atas kejayaan ini. Semoga Dato' Siti Nurhaliza akan terus memberikan yang terbaik kepada semua peminat Dato Siti dan juga kepada industri yang masih memerlukan sentuhan magis dari Dato Siti Nurhaliza kerana Dato Siti sebenarnya benchmark yang terbaik di dalam industri ini. All the best to Dato Siti Nurhaliza and Sitizoners....

Dato' Siti Nurhaliza bersama dua trofi ABPBH 2009 -
Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular


Saya bersama dua trofi Dato Siti Nurhaliza..
Sama tak dengan gambar di atas???? :-)


Dato Siti Nurhaliza bersama Sitizoners.....

Kenangan terindah bersama Dato Siti Nurhaliza di ABPBH 2009...

Thursday, April 1, 2010

Gemilang 15 Tahun Dato Siti Nurhaliza

Hari ini genaplah 15 tahun Dato Siti Nurhaliza menyinari industri hiburan tanah air. Bermula dengan lagu Jerat Percintaan, Dato Siti Nurhaliza mula melebarkan pengaruhnya sehingga bergelar Penyanyi No 1 Malaysia dan masih utuh mengekalkan gelaran tersebut walaupun sudah 15 tahun berada di dalam industri. Rekod pencapaian Dato Siti Nurhaliza sepanjang 15 tahun amat mengagumkan dimana bakat dan populariti Dato' Siti Nurhaliza terus diiktiraf dengan pelbagai anugerah seperti Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular yang di adili oleh juri profesional dan juga para peminat beliau terutamanya Sitizoners. Sepanjang 15 tahun, Dato Siti Nurhaliza terus menghasilkan album-album yang berkualiti dan menepati citarasa pendengar. Beliau juga berani membawa arus pembaharuan pada setiap album yang dihasilkan. Beberapa album Dato Siti Nurhaliza telah diiktiraf sebagai Album Terbaik di AIM seperti Adiwarna, EMAS, Transkripsi dan Lentera Timur, membuktikan Dato Siti Nurhaliza mementingkan kesempurnaan dalam memuaskan para peminatnya. Dato Siti Nurhaliza juga masih utuh mempertahankan rekod untuk Penyanyi Wanita Popular di ABPBH sebanyak 12 kali berturut-turut serta Persembahan Vokal Wanita Terbaik di AIM sebanyak 10 kali. Selain itu, Dato Siti Nurhaliza juga telah diiktiraf antara artis yang berpengaruh di Asia oleh Channel V serta berjaya mengadakan konsert di luar negara iaitu di Royal Albert Hall, London. Sememangnya banyak kejayaan yang dicapai sepanjang 15 tahun menyinari industri seni yang penuh dengan pelbagai cabaran. Semoga Dato Siti Nurhaliza akan terus bersinar di dalam industri seni ini untuk 15 tahun lagi. Teruskan menghiburkan para peminatmu yang sentiasa menyokong perjalanan seni Dato Siti Nurhaliza serta mencipta kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. Insyaallah. :-)

Bersama-sama Dato Siti Nurhaliza di Muzik Muzik 25.....
Semoga Dato Siti Nurhaliza akan terus menyinari industri seni untuk 15 tahun lagi..... Sayang Dato Siti Nurhaliza selamanya... Kaulah sumber inspirasiku.........
Hanya Dato Siti Nurhaliza.....

Related Posts with Thumbnails