CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Wednesday, March 31, 2010

The Launching of Simplysiti

Semalam (30hb Mac 2010) telah berlangsung pelancaran produk kecantikan Simplysiti bertempat di Grand Ballroom, Mandarin Oriental Hotel KLCC. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang turut diserikan dengan kehadiran para artis sdan VVIP seperti Diana Danielle, Sofia Jane, Erma Fatima, Julia Ziegler , Dato Farid Ridzuan dan ramai lagi. Saya bersama empat orang Sitizoners amat bertuah kerana dapat menghadiri majlis yang cukup santai dan eksklusif itu. Majlis dimulakan dengan kemunculan Dato Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Simplysiti. Selepas itu, majlis itu dikendalikan oleh Naz, pengacara My Star LG. Dato Khalid memberikan kejutan kepada Dato Siti Nurhaliza dengan menyambut ulang tahun ke 15 Dato Siti Nurhaliza di persada seni dengan menghadiahkan kek. Kelihatan Dato Siti Nurhaliza agak sebak ketika memberikan ucapan. Setelah majlis perasmian selesai, para tetamu mengambil kesempatan untuk mencuba sendiri produk-produk berkualiti keluaran Simplysiti. Sememangnya majlis pelancaran produk Simplysiti amat eksklusif. Tahniah kepada Dato Siti Nurhaliza dan team Simplysiti di atas kejayaan Simplysiti. Kepada yang belum mendapatkan Simplysiti, dapatkannya di outlet-outlet Watson yang berdekatan dengan anda....

Rahsiaku kini milikmu..... Tagline Simplysiti

Produk skin care Simplysiti......

Produk kosmetik Simplysiti.....


Dato Siti Nurhaliza sedang berposing dengan Simplysiti....

Dato Siti Nurhaliza......

Bersama Dato Siti Nurhaliza..... Eksklusif..... :-)



0 comments:

Related Posts with Thumbnails