CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Tuesday, March 2, 2010

Kejohanan Ragbi USM 10'S Piala Naib Canselor

Pada 27 Februari 2010 - 28 Februari 2010 telah berlangsung Kejohanan Ragbi USM 10'S Piala Naib Canselor di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal. Saya telah menjadi pengiring untuk skuad rugby UNISEL yang turut bertanding pada kejohanan tersebut. Kami bertolak dari UNISEL pada 26 Februari dan tiba di tempat penginapan selepas menempuhi perjalanan jauh selama 6 jam. Tempat penginapan kami adalah di Homestay Sg. Setar. First time dapat merasa tinggal di homestay. Keesokkannya saya bersama2 skuad rugby UNISEL bertolak ke tempat perlawanan yang berlangsung di Padang Ragbi USM. Setelah selesai perlawanan, kami semua bertolak ke Georgetown untuk melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Georgetown. Selepas menikmati pelbagai makanan yang terdapat disana, kami menyambung jalan-jalan cari makan lagi di sekitar Georgetown. Banyak aksi-aksi menarik yang berlaku sepanjang kunjungan kami di Georgetown. Pada hari kedua, skuad rugby UNISEL berjaya layak sehingga ke peringkat separuh akhir. Sememangnya saya amat enjoy kerana dapat bersama-sama dengan skuad rugby UNISEL. Diharapkan agar skuad rugby UNISEL akan terus maju ke hadapan dan berjaya di masa hadapan.

Banner kejohanan......

Skuad rugby UNISEL sedang beraksi......

Skuad rugby UNISEL sedang beraksi......


Posing jap ......Sedang berada di bawah khemah....

Bergambar bersama-sama skuad ragbi UNISEL......

0 comments:

Related Posts with Thumbnails