CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Tuesday, March 9, 2010

Karnival Pendidikan Melaka 2010

Pada 4hb Mac 2010 sehingga 7hb Mac 2010 telah berlangsung Karnival Pendidikan Melaka 2010, bertempat di Malacca International Trade Centre (MITC). Saya bersama dua orang wakil dari Universiti Industri Selangor telah turut serta di dalam karnival tersebut. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada 4hb Mac 2010. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena karnival tersebut seperti Pertandingan Choral Speaking, Pertandingan Kompang, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Melukis dan pelbagai lagi pertandingan yang disertai oleh sekolah rendah dan juga sekolah menengah di sekitar negeri Melaka. UNISEL juga telah mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan kepada lepasan SPM dan STPM khususnya di negeri Melaka. Sambutan yang diterima amat menggalakkan sepanjang kami berada di karnival itu. Booth UNISEL yang strategik iaitu berada berdekatan dengan pintu utama memberikan kelebihan buat kami semua untuk memberikan promosi yang lebih berkesan kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan karnival tersebut. Selain itu, kami bertiga juga sempat melawati tempat-tempat menarik sekitar Bandaraya Melaka terutamanya di sekitar Dataran Pahlawan untuk membeli-belah dan juga untuk berhibur. Selepas 4 hari berkampung di Melaka, akhirnya kami semua bertolak pulang ke UNISEL Shah Alam. Banyak kenangan manis yang tercipta sepanjang berada di Melaka seperti dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru seperti dari Universiti Malaysia Kelantan dan Shahputra serta dapat berinteraksi dengan para pengunjung yang datang dari pelbagai latar belakang. Semoga dapat berjumpa lagi di lain masa.....

Pentas utama Karnival Pendidikan Melaka 2010....

Hotel rasmi.... Naza Talyya Hotel Melaka....

Kenderaan rasmi.... Toyota Alphard....best....

Berada di booth UNISEL bersama Kak Norjiah....

Ketua Menteri Melaka singgah di booth Unisel.....

Sedang memberikan penerangan kepada pengunjung booth UNISEL.....

Hari pertama di booth UNISEL....

Dua bunga dari UNISEL.... Kak Norjiah dan Kak Kamsiah....


1 comments:

idasm said...

wah.. aktifnya en ikram kita... cayalah!

Related Posts with Thumbnails