CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Saturday, March 20, 2010

Gathering with Akim - Jumbo Gajah Biru

Semalam telah berlangsung acara Gathering With Akim - Jumbo Gajah Biru bertempat di TGV KLCC. Acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran Akim yang meminjamkan suara beliau untuk filem Jumbo Gajah Biru (Khan Kluay). Semua peminat yang hadir amat bertuah kerana dapat bertemu dengan Akim secara langsung dan dapat bergambar bersama-sama Akim. Turut serta ialah saya bersama teman-teman Sitizoners bertukar menjadi Gafimmers buat seketika. Sememangnya saya juga mempunyai impian untuk bergambar bersama Akim dan akhirnya impian itu terlaksana juga akhirnya. Alhamdulillah. Thanks to Fizi kerana memberikan informasi mengenai event ini. Selepas selesai menonton filem Jumbo Gajah Biru, kami semua bergerak ke Taman KLCC untuk sesi bergambar. Banyak gambar2 menarik yang sempat dirakamkan. Lagipun saya sudah beberapa minggu tidak bertemu dengan teman-teman Sitizoners lantaran sibuk dengan tugas. Jadi ini peluang untuk bertanyakan khabar dan juga mengumpul borang undian ABPBH 2009 yang akan dihantar minggu hadapan. Diharapkan selepas ini akan ada lagi aktiviti seperti ini. :-)

Bersama Akim.....

Sitizoners bertukar sebentar Gafimmers.... hehehe :-)


Akim sedang memberi ucapan kepada peminat-peminatnya....


Di dalam TGV KLCC.... Sedang menanti filem Jumbo Gajah Biru bermula

Sesi bergambar di Taman KLCC bersama Akim....
Credit photo : Lara....



Bersama potret Sultan Akim..... hehehe....


Sitizoners bersama Akim..... :-)

2 comments:

Leen said...

Weee, akim!! Encik Ikram, saya link blog ni kat blog saya ye :)

idasm said...

amboi... meriahnya!

Related Posts with Thumbnails