CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Sunday, February 7, 2010

Weekend Activity - Bowling and Trip to Beijing

Minggu ini aktiviti di hujung minggu lebih kepada acara sukan.... Minggu lepas kan dah penuh dengan acara hiburan.... So minggu ni Ikram dan rakan-rakan decide untuk rehat sebentar dari aktiviti melibatkan acara hiburan kerana hujung minggu depan dah nak tengok Konsert Satu Suara..... So excited skrg ni coz dapat tengok konsert pada Malam Gala...... Pada minggu ini, kami semua pergi main bowling di Berjaya Times Square..... Bertempat di Ampang Superbowl, Ikram dan rakan-rakan berkumpul sebelum kami semua mendaftar di kaunter pembayaran.... Selepas menyelesaikan pembayaran, games pun bermula.......Lambat juga nak dapat hayunan mantap sebab dah lama tak main..... Lagipun kebelakangan ini asyik hayun marker pen je..... Semua yang ada memang enjoy kerana ada balingan yang masuk longkang dan ada yang mendapat strike..... Gelak tawa sudah sebati bila kami semua berkumpul..... Di tambah juga dengan perbincangan mengenai ABPBH 2009 dan juga Konsert Satu Suara, memang gamat le suasana di Ampang Superbowl..... Games pertama dimenangi oleh Abg Hanafi manakala Adie pula memenangi games yang kedua..... Walaupun Ikram tak dapat Top 3, tapi tetap puas hati kerana dapat juga membuat balingan strike...... Macam biasa, sesi bergambar ada sesi wajib.....


Bergambar selepas habis games.....

Selepas penat bermain bowling, kami semua bergerak untuk menikmati lunch pula.... Maklumlah selepas penat menghayun bola bowling, perut pun dah mula berkeroncong..... So, untuk lunch pada kali ini, Wendy Restaurant menjadi pilihan....

Lunch time at Wendy Restaurant......

Selepas selesai lunch, kami semua bergerak ke lobby utama Berjaya Times Square untuk berlepas ke Beijing untuk menyambung acara wajib iaitu sesi bergambar........ Suasana lobby utama Berjaya Times Square telah dihias indah dengan pelbagai dekorasi sempena Tahun Baru Cina..... Terasa diri ini berada di Beijing buat seketika waktu..... Pelbagai aksi berjaya dirakamkan untuk di simpan sebagai kenangan buat kami semua.... Alhamdulillah kerana semua perancangan aktiviti hujung minggu kali berjaya dilaksanakan...... Semoga berjumpa lagi di Istana Budaya pada hari Jumaat ini untuk menyaksikan Malam Gala Konsert Satu Suara.....

Di pintu gerbang ke kota Beijing.... hahaha :-)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails