CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Wednesday, February 3, 2010

Konsert Satu Suara



Konsert Satu Suara menggabungkan dua penyanyi lelaki paling berpotensi di dalam industri muzik tanah air ketika ini iaitu Faizal Tahir dan Aizat di dalam satu konsert berprestij bertempat di Istana Budaya. Konsert yang dianjurkan oleh Siti Nurhaliza Production ini turut menampilkan Dato Siti Nurhaliza yang akan muncul sebagai penampilan istimewa. Persembahan pada Konsert Satu Suara akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan dan akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut mulai 12hb Februari 2010 (Malam Gala) sehingga 14hb Februari 2010. Diharapkan peminat-peminat Faizal Tahir, Aizat dan semestinya Penyanyi No 1 Malaysia, Dato Siti Nurhaliza tidak melepaskan peluang untuk melihat tiga nama hebat ini berkongsi satu pentas untuk menghiburkan anda semua dengan rangkaian lagu yang pasti mempersonakan. Saksikanlah Konsert Satu Suara.........



Tiket sudah dapat..... Malam Gala........
Seat pun best..... Depan stage......

0 comments:

Related Posts with Thumbnails