CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Friday, January 29, 2010

Radio CTFM - Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza

Radio CTFM adalah stesen internet radio yang ditubuhkan Khas kepada Peminat Dato’ Siti Nurhaliza oleh salah seorang peminat di Singapura dan telah beroperasi sejak 15 Jun 2009, Radio ini ditubuhkan atas dasar minat terhadap perjalanan seni Dato’ Siti Nurhaliza, juga selepas laman web versi unofficial HDSN.

Lagu lagu yang diputarkan hanya lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza; lagu lagu dari album, nyanyian konsert live, konsert tribute dan macam macam lagi. Semuanya PASTI DATO SITI NURHALIZA!

Radio ini mempunyai 3 orang DJ yang bertugas; Dj Khyree dan Dj Liah menetap di Singapura manakala Dj Aiman Haqimy menetap di Malaysia. Radio ini mempunyai tagline yang tersendiri – Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza

Di antara segmen menarik yang sering mendapat perhatian pendengar adalah segmen Santai D CTFM dimana permintaan khas lagu lagu dato siti nurhaliza dilakukan. Review Cakera Padat pula membuat ulasan tentang album Dato Siti Nurhaliza. Slot Carta CT20, mengira 20 lagu paling popular Dato Siti Nurhaliza di radio ctfm, pendengar harus mengundi lagu kegemaran mereka dan mendengar siaran carta CT20 untuk keputusannya

Selain dari mendengar radio ctfm, CTFM juga kerap kali mengadakan pertandingan/peraduan khas. Pendengar ctfm boleh mengambil bahagian dalam peraduan/pertandingan itu mengikut peraturan yang disediakan dan berpeluang memenangi hadiah.

Radio CTFM boleh anda dengar melalui lelaman http://www.ctfm.webs.com



Crew - crew CTFM 2010


0 comments:

Related Posts with Thumbnails