CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Mukadimah

Faculty of Business - Universiti Selangor

Wednesday, January 27, 2010

Dato Siti Nurhaliza dan Anugerah Bintang Popular

Sememangnya Dato Siti Nurhaliza amat sinomim dengan Anugerah Bintang Popular. Bermula sejak 13 tahun yang lalu, saban tahun Dato Siti Nurhaliza telah merangkul 12 anugerah Penyanyi Wanita Popular berturut-turut dan juga gelaran Bintang Paling Popular sebanyak 6 kali sepanjang penglibatan beliau di dalam industri seni. Ini membuktikan bahawa sememangnya peminat-peminat Dato Siti Nurhaliza amat menyayangi dan menyanjungi beliau sebagai seorang ikon. Selama bertahun-tahun peminat-peminat Dato Siti Nurhaliza bertungkus-lumus mengundi penyanyi kesayangan Nusantara ni. Namun secara tiba-tiba, selepas Top 5 Anugerah Bintang Popular 2009 diumumkan, Dato Siti Nurhaliza telah mengejutkan semua peminat beliau bahawa ini ada kali terakhir beliau akan bertanding buat kali terakhir di ABPBH 2009. Pelbagai reaksi diberikan. Ada yang suka, ada juga sehingga hari ni masih tidak percaya bahawa artis kesayangan kita begitu nekad membuat keputusan sebegini.

Menyorot kembali penglibatan Dato Siti Nurhaliza di dalam ABPBH, sehingga kini tiada artis yang memenangi gelaran Bintang Paling Popular sebanyak 6 kali dan gelaran Penyanyi Wanita Popular sebanyak 12 kali dalam sejarah penganjuran ABPBH. Selayaknya Dato Siti Nurhaliza diberi penghormatan yang sewajarnya oleh pihak ABPBH. Namun apabila Dato Siti Nurhaliza mengumumkan tidak akan bertanding pada edisi tahun depan, pelbagai persoalan timbul di fikiran setiap peminat Dato Siti Nurhaliza. Pelbagai polemik mula timbul. Sebuah ruangan di Berita Harian yg ditulis oleh seorang pengarang berpengaruh seakan-akan cuba bermain dengan api; mengeluarkan "statement-statament" yang cuba menimbulkan provokasi sehingga menimbulkan syak wasangka bahawa terdapat konspirasi utk menjatuhkan Dato Siti Nurhaliza pada ABPBH lantaran membawa kepada keputusan Dato Siti Nurhaliza utk menarik diri tahun hadapan.

Setelah meneliti penulisan pengarang tersebut selama 2 minggu berturut-turut, pada pandangan peribadi saya, tidak sepatutnya pengarang tersebut berkongsi surat pembaca kepada umum yang menyatakan ketidakpuasan hatinya mengenai Dato Siti Nurhaliza menjadi juri di AJL. Semua sedia maklum, Dato Siti Nurhaliza menjadi juri utk mengadili bahagian persembahan. Jadi kenapa dengan fikiran yang sgt-sgt tidak rasional mengatakan Dato Siti Nurhaliza yg mempengaruhi keputusan di AJL. Di manakah kewarasan pengarang yang sangat berpengaruh itu ketika menulis artikel berkenaan? Adakah pengarang juga sebenarnya menunggu peluang utk menghentam Dato Siti Nurhaliza? Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu apa yang terkandung di hati si pengarang tersebut.

Ada juga yang menyatakan bahawa kehadiran Dato Siti Nurhaliza sebagai finalis akan menutup peluang kepada artis lain utk menang. Dengan lain kata, jangan mimpi le nak menang kalau Dato Siti Nurhaliza bertanding. Sebagai seorang yang sgt rasional, sekiranya seseorang artis itu sangat bersungguh-sungguh untuk menghasilkan produk2 yang bermutu dan juga sangat akrab dengan peminat2nya, anugerah adalah satu tanda dimana segala penat lelah terbalas. Cuba kita imbas kembali, Dato Siti Nurhaliza masih lagi berani mengeluarkan album penuh walaupun hanya ada 6 lagu sahaja. Namun kualiti album masih lagi terjaga. Album Lentera Timur di terbitkan ketika irama Malaysia dikatakan semakin kurang mendapat sambutan. Keberanian Dato Siti Nurhaliza membuat pelbagai perubahan amat dikagumi oleh peminat2nya baik yang muda mahupun yang tua. Lagu2 dendangan Dato Siti Nurhaliza di terima baik oleh semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa mahupun agama. Dato Siti Nurhaliza sentiasa dekat di hati mereka. Sepatutnya artis2 lain perlu mencontohi Dato Siti Nurhaliza yang sentiasa serius dalam kerjaya beliau. Jadikan Dato Siti Nurhaliza sebagai benchmark utk berjaya dalam industri seni dan bukannya mengharapkan beliau tidak bertanding dalam sesebuah majlis penganugerahan supaya dapat memenangi anugerah tersebut. Walaupun pahit utk diterima kenyataan tersebut tapi inilah yang berlaku dalam industri hiburan kita sekarang. Kemenangan Dato Siti Nurhaliza selalu dipertikaikan tanpa berfikir secara rasional. Disokong oleh peminat2 Dato Siti Nurhaliza, itulah sebenarnya kekuatan Dato Siti Nurhaliza yang tidak ada pada artis lain. Diharapkan sesiapa sahaja yang membaca note ini berfikir secara rasional sebelum bertindak melulu. Fikirkan betapa besarnya sumbangan Dato Siti Nurhaliza di dalam industri seni ni selama hampir 15 tahun.

Kepada semua peminat2 Dato Siti Nurhaliza, tumpukan sahaja kepada matlamat kita utk menobatkan Dato Siti Nurhaliza sebagai Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular pada ABPBH 2009. Jangan biarkan emosi mengganggu matlamat kita semua. Sememangnya kita semua amat sedih dengan pendirian Dato Siti Nurhaliza namun kita masih lagi berpeluang utk menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat Dato Siti Nurhaliza sempena 15 tahun penglibatan beliau dalam industri seni. Biarkanlah apa yang ditulis oleh pengarang2 diluar. Jangan biarkan ia mempengaruhi @ mengganggu emosi anda. Jangan terlalu emosional dalam menghadapi segala tohmahan yang dilemparkan kepada Dato Siti Nurhaliza. Jangan membalas segala kritikan yang dilemparkan kepada Dato Siti Nurhaliza. Ingat satu perkara, KITA ADALAH KEKUATAN DATO SITI NURHALIZA. Kita semua perlu bersatu padu, jgn berpecah belah kerana tidak sepakat dalam sesuatu isu. Ketepikan segala perselisihan yang telah timbul dan kuatkan ikatan antara kita semua agar kita akan beroleh kejayaan. Gunakanlah peluang terakhir ini utk membuktikan kepada Dato Siti Nurhaliza bahawa kita semua sememangnya sayangkan beliau walaupun selepas ni kita tidak akan menyaksikan Dato Siti Nurhaliza bertanding di ABPBH tahun hadapan.Jangan dipersiakan peluang ni. Ayuh semua peminat2 Dato Siti Nurhaliza.Mulakan langkah anda dengan mengundi Dato Siti Nurhaliza. Panas terik hujan badai, apapun yang terjadi kita semua akan tetap bersama Dato Siti Nurhaliza selamanya. Semoga kejayaan menjadi milik Dato Siti Nurhaliza di ABPBH 2009....Insyaallah........

.


1 comments:

iman said...

ikram.... saya stuju dgn awak... n satu lagi sbg pminat ct,kta xyah nk dgr crta2 yang xsdp nk dgr... buat xtau jer... kta lbh mengenali siapa dato ct...

Related Posts with Thumbnails